Friday, 11 April 2014
Mengapa Anwar Ibrahim batalkan saman fitnah ke atas Saiful Bukhari?
Reformasi 2.0 yang waktu ini cuba digerakkan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim nampaknya semakin lama semakin tidak mendapat sambutan rakyat. Yang ada memenuhi tiap kali program yang dianjurkan PKR adalah terdiri daripada pengikut PKR sendiri dan sesuai jika saya katakan ianya tidak lebih kepada program "Syok Sendiri".
Beberapa pemimpin PKR menghina mahkamah diatas keputusan tempoh hari yang mana mahkamah rayuan mengesahkan bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari dan telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pimpinan PKR yang kita tahu merupakan pengikut setia Anwar Ibrahim menyatakan kes liwat ini adalah satu "Konspirasi" yang telah dirancang oleh UMNO untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Malah ada pimpinan PKR yang menyatakan bahawa air mani Anwar Ibrahim diambil secara paksa dan diletakkan ke dalam dubur Saiful Bukhari mangsa liwat.
Saya akan mengulas mengenai kaedah kaedah untuk mengambil air mani seseorang itu dalam artikel dilain hari. Namun hari ini saya mahu bertanya kepada Dato Sri Anwar Ibrahim mengapa beliau menarik balik saman ke atas Saiful Bukhari?
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.
Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama. - UTUSAN 12/09/2012
Mengapa saman ke atas Saiful Bukhari ditarik? Mengapa beliau Dato Sri Anwar Ibrahim tidak meneruskan saman ke atas Saiful Bukhari jika benar beliau tidak meliwat Saiful Bukhari?
Saya harap penyokong yang masih lagi bersama dengan Dato Sri Anwar Ibrahim bertanyakan sendiri soalan ini kepada beliau. Malah tanya juga kepada pemimpin pemimpin di dalam PKR mengapa saman ke atas Saiful Bukhari tidak diteruskan.
Rakyat perlu cerdik dan tidak perlu menjadi dungu terus menjadi perisai atas kebodohan dalam berfikir secara waras akan isu ini. Jangan terus dijadikan boneka Dato Sri Anwar Ibrahim.
- Sir Azri
No comments:
Post a Comment