Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union.
Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat.
Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan.
Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya. Petikan dari blog Tribute To Dato' Onn Jaafar
Rata rata ahli UMNO tahu bahawa Dato' Onn Jaafar merupakan Presiden pertama parti Melayu UMNO. Malah Dato' Onn Jaafar juga merupakan satu sebab mengapa pihak British terpaksa tunduk dengan kehendak orang orang Melayu sewaktu itu. Sejarah Dato' Onn Jaafar jika hendak saya kupaskan disini sudah pasti ianya panjang berjela jela namun jika pembaca berminat untuk mengetahui sedikit latar belakang pengasas UMNO ini boleh melayari di blog Tribute To Dato' Onn Jaafar.
Parti Chauvenist tidak senang dengan Dato' Onn Jaafar kerana beliau telah berjaya menyatu padukan orang orang Melayu sewaktu itu. Ini bukan satu pekara yang boleh dibuat main oleh kita orang Melayu khususnya kerana jika pada waktu itu Dato' Onn tidak berjaya menyatupadukan orang orang Melayu sudah pasti kita sekarang ini berada dibawah kekuasaan sepenuhnya orang orang Cina. DAP melihat apa yang dilakukan Dato' Onn Jaafar menidakkan tuntutan mereka yang sebelum MERDEKA lagi melalui Parti Komunis Malaya mahu Malaya dijadikan sebuah republik yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum.
Saya pernah berjumpa dengan seorang orang lama yang menceritakan sedikit sebanyak akan agenda Komunis dalam menamatkan riwayat Dato' Onn Jaafar. Menurut pakcik Salahuddin, pihak Komunis sebenarnya beberapa kali cuba mengatur langkah bagi terus memecah belahkan orang Melayu pada waktu itu dengan memburuk burukkan imej Dato' Onn Jaafar di mata orang orang Melayu.Namun atas sikap tenang dan marhaen Dato' Onn Jaafar, orang orang Melayu tidak terhasut oleh agenda jahat Komunis waktu itu sebaliknya orang orang Melayu terus bersatu demi mendaulatkan bumi Tanah Melayu ini dari pihak British dan menjaga serta menjamin hak hak orang Melayu.
Sikap tenang Dato' Onn Jaafar ini telah diwarisi kepada cucunda nya sekarang iaitu Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Kerana ketenangan beliau lah maka beliau tidak mengelabah dan terburu buru dalam melakukan sesuatu tugasan. Ini lah yang ada pada darah Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mungkin kita terutamanya orang orang Melayu terlepas pandang.
Dalam artikel saya sebelum ini apabila Janice Lee DAP menyatakan bahawa mereka parti DAP tidak suka kepada Hishammuddin maka saya faham dan sedar bahawa dendam mereka Chauvenist ini kepada legasi Dato' Onn Jaafar tidak akan pernah padam dan akan berterusan.
Saya membayangkan untuk meletakkan diri saya ditempat mereka Chauvenist DAP ini maka saya juga akan berpendapat bahawa legasi Dato' Onn Jaafar perlu ditamatkan kerana mereka ini lah Dato' Onn Jaafar, Tun Hussein Onn dalang dalam menghalang agenda Komunis menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik. Dendam yang tidak akan berakhir dan akan terus memecah belahkan orang orang Melayu khusunya sesama parti UMNO untuk menolak legasi Dato' Onn Jaafar.
Jika Dato' Onn Jaafar menjadi sasaran dendam pihak Chauvenist Komunis ini mengapa Tun Hussein Onn juga dijadikan sasaran? Mengapa DAP juga menyatakan Tun Hussein Onn Racist? Mengapa Chauvenist marah dengan Tun Hussein Onn. Mengapa? Apa yang telah dilakukan oleh Tun Hussein Onn sehingga menyebabkan pihak Komunis begitu marah dan berdendam?
Tun Hussein Onn merupakan bapa kepada Dato Seri Hishammuddin. Tun Hussein Onn juga adalah sasaran nyata pihak Komunis yang diketuai Chin Peng pada waktu itu kerana beberapa tindakan yang dilakukan oleh beliau kepada gerakan Komunis. Atas keperihatinan dan ketenangan Tun Hussein Onn pihak Komunis menjadi tidak keruan dan berbuku buku dendam kesumat mereka terhadap anak Dato' Onn Jaafar itu.
Saya sendiri pada awalnya tidak tahu akan apa yang dibuat oleh Tun Hussein Onn sehingga menyebabkan pihak Komunis dan Chauvenist DAP begitu berdendam. Namun apabila seorang sahabat saya yang berlatar belakangkan penganalisis ketenteraan memberitahu kisah yang berlaku pada waktu Tun Hussein Onn menjawat jawatan Menteri Pertahanan barulah saya celik mata dan sedar bahawa memang patutlah DAP begitu marah dengan legasi Dato Seri Hishmmuddin ini.......... Bersambung
Artikel berkaitan - "Saya tidak suka Hishammuddin, dia Racist"
Sir Azri