Thursday 26 June 2014

"Saya tidak suka Hishammuddin, dia Racist"



Saya merupakan orang baru yang mengikuti pentas politik di Malaysia. Ini kerana saya bukannya datang dari keluarga yang berpolitik apatah lagi tidak ada seorang pun dari keluarga saya terlibat dalam mana mana parti politik. Namun saya berlainan kerana saya terpanggil untuk mengetahui berita politik ini atas sebab Agama bangsa dan Negara saya. Saya mahu agar Agama Bangsa dan Negara saya terus terbela. Walaupun saya masih baru dalam politik namun saya mempunyai beberapa pengalaman yang cukup luar biasa apatah lagi melibatkan individu individu penting yang ada dalam kerajaan mahupun pembangkang hari ini.

Saya ingin untuk berkongsikan cerita yang telah berlaku pada 10 Oktober 2013. Pada hari berkenaan saya dan sahabat saya saudara Sheikh Faisal Rohban telah berjumpa dengan Janice Lee bekas adun Teratai dari parti DAP di Hotel Sri Pacific Kuala Lumpur. Tujuan kami berjumpa pada hari itu adalah untuk berkenalan dan mendengar sendiri cerita dari mulut Janice Lee akan politik jijik yang diamalkan oleh Dinasti Lim anak beranak. Sekitar dua jam pertemuan kami dan banyak yang saya dengar dari apa yang dinyatakan oleh Janice Lee mengenai keangkuhan Dinasti Lim anak beranak parti DAP ini.

Ada juga pertanyaan saya kepada Janice Lee mengapa beliau tidak mahu tinggalkan parti DAP setelah apa yang dilakukan oleh Dinasti Lim anak beranak kepada beliau. Jawap Janice Lee cukup tegas apabila beliau menyatakan bahawa beliau lahir daripada DAP dan akan kekal bersama DAP kerana matlamat dan ideologi DAP adalah bertepatan dengan perjuangannya iaitu untuk menjadikan negara ini kepada Malaysian Malaysia hak sama rata kepada semua kaum.

Saya menghormati padangan yang dinyatakan oleh Janice Lee kerana kita tahu agenda parti DAP sejak dulu adalah mahu untuk Malaysia ini tidak lagi mengutamakan Bumiputera. Kita tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat perkauman yang mana memusuhi UMNO sejak Merdeka lagi. Dan saya tidak membantah apa yang dinyatakan oleh Janice Lee ataupun mahu berdebat dengan beliau pada waktu itu tentang hak hak Bumiputera kerana fokus kami adalah mengetahui cerita keangkuhan Dinasti Lim anak beranak DAP.

Sebelum kami tamatkan perbualan, saya bertanyakan kepada Janice Lee satu soalan berhubung keputusan pemilihan UMNO yang baru sahaja selesai. Saya bertanyakan kepada Janice Lee apa pandangan dan pendapat beliau tentang ketiga tiga Naib Presiden UMNO yang telah menang pada pemilihan UMNO. Jawapan Janice Lee :-

"Saya tidak suka Hishammuddin, dia racist"

Jawapan tersebut membuatkan saya terkejut kerana rata rata ahli UMNO  sebelum ini menyatakan Hishammuddin adalah menteri Amaran dan lembik. Malah pada pemilihan UMNO 2013 D.S. Hishammuddin telah menang di tempat ketiga dan itu juga hampir hampir menewaskan beliau kerana ahli UMNO melihat D.S. Hishammuddin seorang yang lemah. Saya yang terkejut dengan jawapan Janice Lee itu bertanyakan kepada beliau mengapa menyatakan Hishammuddin perkauman dan mengapa beliau tidak suka kepada Hishammuddin.

"Kami tidak suka Hishammuddin sejak dulu lagi, nampak baik tetapi racist"

Sekali lagi saya terkejut dengan jawapan Janice Lee. Malah saya merujuk perkataan "Kami". Janice Lee telah membuktikan bahawa ayat "kami" itu adalah merujuk kepada parti DAP. Jelaslah bahawa DAP cukup anti dan tidak mengemari Hishammuddin. Saya tidak bertanyakan soalan lanjut kepada Janice Lee tentang soalan tambahan sebaliknya saling pandang memandang kepada sahabat saya saudara Sheikh Faisal Rohban yang pada waktu itu turut ada bersama sama saya.

Selesai perjumpaan saya dengan Janice Lee DAP maka saya dan saudara Sheikh Faisal bercakap tentang apa yang dinyatakan oleh Janice Lee mengenai Hishammuddin Hussein. Banyak persoalan bermain dalam minda kami waktu itu kenapa seorang ahli totok kepada parti Chauvenist DAP melabelkan D.S. Hishammuddin seorang yang perkauman sedangkan ahli UMNO sendiri tidak pernah menyatakan Hishammuddin seorang yang perkauman malah memperlekehkan D.S. Hishammuddin Tun Hussein.

Insiden tersebut membuatkan jiwa saya bergelora untuk mengetahui mengapa parti DAP membenci Hishammuddin Tun Hussein. Atas sebab nafsu ingin tahu saya itu maka banyak yang saya telah baca dan bertanyakan kepada orang orang politik akan pekara ini. Tidak dengan cukup itu saya sendiri telah pergi ke Muzim Negara dan Jabatan Arkib negara untuk mengetahui salasilah D.S. Hishammuddin Tun Hussein dan membuat kajian mengapa DAP membenci D.S. Hishammuddin.

Pertama sekali apabila kajian saya dilakukan saya mendapati bahawa D.S. Hishammuddin Tun Hussein merupakan cucunda kepada Allyarham Dato' Onn Jaafar yang juga merupakan pengasas parti UMNO parti orang Melayu........... bersambung


No comments:

Post a Comment