Inilah realiti apa yang telah berlaku dalam kesepakatan
komponen Barisan Nasional antara parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain parti. Jika
ada ahli mahupun pemimpin UMNO melakukan kesalahan disiplin pastinya tindakan
tatatertib diambil ke atas mereka ini. Malah jika ada yang terbukti melakukan
sabotaj ianya akan digantung sampai mati.
Datuk Yew Teong Lock ketua bahagian MCA Wangsa Maju yang
melakukan sabotaj ke atas Barisan Nasional pada PRU13 lalu sehingga ke hari ini
tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional. Malah
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat melindungi pengkhianatan yang
dilakukan Yew Teong Lock ini.
Mengapa begitu double standard Barisan Nasional dalam
mengambil tindakan ke atas mereka yang mengkhianati Barisan Nasional? Mengapa
jika ahli dan pemimpin UMNO maka tindakan diambil begitu cepat namun tidak
kepada MCA? Adakah MCA mengetuai Barisan Nasional dan UMNO hanyalah orang
suruhan MCA?
Disini saya lampirkan sedikit ahli ahli UMNO yang telah
diambil tindakan gantung dan pecat oleh pucuk pimpinan:
Ahli UMNO Yang Digantung
Dan Diambil Tindakan.
1.
Nama : Ab. Habi Mustapha (Semporna), 6 September 2012
Kesalahan: melakukan
kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama
Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, (sabotaj parti).
Hukuman: Didapati bersalah dan dipecat.
2.
Nama: Abdul Majid Palah (Semporna) 6 September 2012
Kesalahan: Melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8
(b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika
Ahli Umno, (sabotaj parti)
Hukuman: Didapati bersalah dan dipecat.
3.
Nama: Nisfu Palah, (Semporna) 6 September 2012
Kesalahan: Terlibat dengan
kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika
Ahli Umno. (sabotaj parti)
Hukuman: Digantung tiga (3) tahun atau satu (1)
Penggal Pemilihan.
4. Nama: Datuk Abdul Rashid Abdullah (Pulau Pinang) Oct 1,
2013
Kesalahan:
Didakwa belot dan mensabotaj parti pada masa PRU13.
Hukuman:
digantung keahlian Umno dan terlucut kelayakan untuk bertanding jawatan ketua
bahagian Nibong Tebal
Ini merupakan sedikit sahaja yang dipamerkan untuk tatapan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Sabotaj dan khianat parti merupakan satu kesalahan yang serius dan ramai ahli UMNO yang dikenakan tindakan PECAT @ GANTUNG jika didapati bersalah.
Jadi bagaimana pula dengan Yew Teong Lock ketua bahagian MCA Wangsa Maju? Sabotaj dan pengkhianatan yang dilakukan oleh MCA ini tidak dikenakan sebarang tindakan oleh Barisan Nasional mahupun MCA pusat itu sendiri
- Sir Azi
No comments:
Post a Comment