Allah sayang pada hambaNya yang berjuang dilandasan yang benar demi menegakkan keadilan.
Sejak 2008 aku mengambil berat kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Dari hari pertama kes liwat dibicarakan aku hadir ke mahkamah menyokong Saiful Bukhari. Aku tahu segala cerita yang berlaku dan aku tahu Saiful adalah mangsa liwat Dato Seri Anwar Ibrahim.
Aku lihat kesengsaraan Saiful Bukhari, aku lihat caci maki dan tomahan dari penyokong Anwar ke atas Saiful. Aku lihat fitnah yang melampau batas keatas Saiful dan keluarganya dan aku lihat betapa jijiknya permainan Anwar dan proksi proksinya mengaibkan Saiful Bukhari dan keluarga.
Alhamdullilah, berkat doa dan juga sokongan semua aku tak pernah undur diri dari terus memperjuangan keadilan buat Saiful Bukhari. Saiful sendiri begitu tabah dan dengan ketabahan beliau memberikan aku semangat untuk membantu beliau dalam perjuangan ini.
Akhirnya setelah 7 tahun berperang dengan segala yang ada maka terbukti hari ini mahkamah memberikan keadilan buat Saiful dan menyabitkan hukuman ke atas peliwat bernama Anwar Ibrahim.
Banyak yang aku tahu, banyak kalau aku mahu bukukan perjuangan aku selama mana ini. Tapi percayalah apa yang aku buat adalah mahu menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak bermoral. Manusia yang akan merosakkan bukan sahaja negara dan bangsa malah Agama juga akan binasa.
Hidup mesti diteruskan, perjuangan juga tidak akan berkesudahan. Yang penting sokongan dari semua yang dapat merangsang aku untuk terus berjuang. Walaupun Anwar Ibrahim berada didalam penjara tapi percayalah bahawa proksi proksinya yang berada diluar akan terus membuat kemungkaran dan membawa kebinasaan kepada negara.
Terima kasih Saiful Bukhari atas kepercayaan yang diberikan kepada aku selama mana ini. Terima kasih pakcik Azlan bapa Saiful, terima kasih keluarga Saiful dan terima kasih kepada semua rakan rakan seperjuangan.
Yang Hak Pasti Berdiri
Yang Bathil Pasti Jatuh
- Sir Azri
No comments:
Post a Comment