Datuk Seri Mustapha Mohamed adalah seorang yang baik, Saya tak mengenali rapat beliau dan jika ada pun beberapa kali berjumpa dan itupun secara sambil lalu. Namun Saya akui bahawa beliau adalah orang yang baik hati dan besar jiwa nya. Beliau adalah individu yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika Barisan Nasional memenangi Kelantan pada PRU13 lalu.
Namun Saya secara peribadi tidak berminat dengan pemimpin UMNO sebegini. Tidak minat kerana Tok Pa pada saya adalah seorang yang bodoh dan berpura-pura suci murni.
Saya katakan demikian kerana fitnah yang dilemparkan akhbar harakahdaily melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Hussam Musa pada beliau Datuk Seri Mustapha Mohamed dan juga UMNO / Barisan Nasional serta Kerajaan Malaysia adalah satu bentuk Fitnah yang sahih yang mana satu pengajaran perlu ditunjukan kepada rakyat hukuman kepada penfitnah tersebut.
Benar mahkamah telah memutuskan bahawa kes saman tersebut digugurkan tetapi Tok Pa sepatutnya merayu ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan pihak yang menfitnah itu diberikan hukuman yang setimpal apatah lagi ianya terbukti jelas ianya satu fitnah.
Tetapi sebaliknya apabila Tok Pa sanggup bersetuju untuk penyelesaian kes dengan menerima permohonan maaf tanpa sebarang kos sedangkan hal ini tidak pernah mendapat kelebihan ataupun keberuntongan kepada pro kerajaan.
Tok Pa lembik, lembik dan tidak bermaya sehingg sanggup menjadi keldai lembu yang dicucuk hidung oleh orang disekelilingnya. Saya katakan demikian kerana Tok Pa lebih bergantung harap dengan orang disekeling sehingga tepu atau buta dengan situasi yang sebenar.
Tok Pa adalah satu contoh pemimpin UMNO yang bodoh seperti kayu yang ada hari ini. Tok Pa tidak bernafsu seperti pemimpin pembangkang.
Pemimpin pembangkang akan gunakan peluang yang ada untuk mengajar UMNO atau penyokong kerajaan. Saya beri 1 contoh yang mana seorang sahabat Saya yang telah disaman oleh Hussam Musa telah memohon untuk penyelesaian secara baik dan memohon maaf kepada Hussam. Dipihak Hussam Musa beliau telah meminta gantirugi sebanyak RM 100 ribu + permohonan maaf secara terbuka.
Sama seperti dalam kes Tok Pa saman Hussam Musa dan Harakah Daily. Kes yang hampir sama cuma Tok Pa tidak mohon apa apa bayaran kos dari Hussam mahupun Harakah Daily. Sebaliknya dalam kes rakan saya ini mereka pihak pembangkang bernafsu untuk mengutip seberapa banyak yang ada walaupun permohonan maaf dibuat kerana mereka tahu dengan cara ini mereka dapat mendabik dada kepada rakyat bahawa mereka berkuasa dan seterusnya mematikan watak-watak penyokong kerajaan yang ada.
Inilah kelemahan UMNO, banyak dipimpin oleb pemimpin yang lembab otak sepertimana yang ditunjukan oleh Tok Pa.
Saya kena akui ramai dikalangan pemimpin UMNO lemah dan hanya menjadi lembu dicucuk hidung oleh orang sekeliling.
Shame on U Tok Pa !!!
No comments:
Post a Comment