Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli perlu ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian dan penghinaan terhadap badan kehakiman negara.
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) Norafiq Md Noor berkata, Rafizi yang juga penulis buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah' dilihat menyalahi kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964.
"Melalui tajuk buku berkenaan jelas sekali ia bertujuan untuk mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara. Buku itu merujuk kepada fakta kes Anwar Ibrahim sekaligus menghina keputusan mahkamah terhadap penghakiman kes beliau.
Dalam masa sama, Norafiq turut mendesak pihak yang berkaitan supaya menghentikan pengedaran buku Reformasi 2.0 bagi mengelak persepsi buruk yang dilemparkan terhadap sistem perundangan negara yang sengaja dipolitikkan demi meraih simpati.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti pembangkang mengagung-agungkan dan memuji badan kehakiman apabila dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii, liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.
Saiful bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah menerusi panel 3 hakim kemudiannya mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan sama seterusnya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.
Lantaran itu, pimpinan parti pembangkang menerusi parti milik Anwar Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengajak rakyat turun ke jalanraya dalam himpunan Reformasi 2.0 kerana beranggapan keputusan mahkamah sebagai tidak adil dan menzalimi Anwar. Malah parti pemerintah Barisan Nasional (BN) turut dituduh sebagai dalang dalam membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka. - Rakyat News
Saya melihat laporan Polis yang dibuat ini amatlah wajar memandangkan penghinaan telah dilakukan oleh spesis spesis pemimpin Politik yang berselindung disebalik kekebalan selaku ahli Parlimen untuk menghina keputusan Mahkamah.
Sikap keterlaluan Yb Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan ini perlulah diambil tindakan segera iaitu dengan menahan beliau dan didakwa atas penghinaan yang dilakukan. Rakyat Marhaen hari ini berasa amat kecewa jika tindakan biadap Rafizi Ramli tidak dikenakan tindakan sedangkan jika ianya melibatkan rakyat marhaen begitu cepat tindakan diambil oleh badan penguatkuasa.
- Sir Azri
Saya sepenuhnya....dgn harapan pihak berkuasa jgn berlembut lg...
ReplyDeletebegitulah harapan kita semua
Delete