Friday, 22 August 2014
Institusi Raja Raja Melayu dalam Bahaya
Ada yang minta dun Selangor dibubarkan dan pilihanraya negeri Selangor dibuat. Saya juga pada awal berpendapat sebegitu memandangkan kemelut kerajaan di Selangor membuatkan rakyat menjadi mangsa. Namun apabila saya mendengar cakap cakap ramai dikalangan pemimpin UMNO di Selangor sendiri bahawa BN belum tentu menang jika PRN Selangor diadakan maka adalah wajar untuk tidak perlu di bubar Dun Selangor.
Tuanku Sultan Selangor boleh untuk perkenan bagi membubarkan Dun Selangor dan sudah pasti tekanan akan diberikan terhadap keputusan Tuanku Sultan Selangor oleh pakatan Rakyat dan penyokong mereka. Kempen mereka pastinya lebih ekstrem jika Dun Selangor dibubarkan dan ini akan menjadi sekali lagi titik sejarah penghinaan kepada istitusi diraja.
Saya juga yakin Anwar sudah merangka segala kemungkinan yang berlaku dan mereka pihak Anwar sememangnya mahu Dun Selangor dibubarkan dan PRN Negeri diadakan kerana mereka tahu BN tidak akan menang dan menjadi kerajaan Selangor. Pakatan Rakyat akan menang sekali lagi dan jika ini berlaku sudah pasti Tuanku Sultan Selangor akan ditekan begitu hebat sama sekali yang seterusnya mengakibatkan satu lagi tragedi penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor oleh rakyat seperti mana yang berlaku sebelum ini di negeri Perak.
Saya difahamkan Tuanku Sultan boleh untuk :
1) Perkenan Wan Azizah MB Selangor
2) Memilih Adun lain dari Pakatan untuk menjadi MB
3) Membubarkan Dun Selangor
1) Perkenan Wan Azizah MB Selangor - jalan yang terbaik bagi tidak mengheret Istana ke dalam kancah politik dan tidak menyebabkan istitusi Diraja di perlekeh dan dihina. Malah Wan Azizah layak kerana merupakan Adun yang sah serta mendapat sokongan majoriti Adun di Selangor.
2) Memilih Adun lain dari Pakatan untuk menjadi MB - Ini boleh dilakukan Tuanku Sultan sebagai contoh Tuanku titah Azmin Ali menjadi MB Selangor namun jika Azmin Ali menolak titah Tuanku Sultan dan ini pastinya akan memberikan impak negatif kepada Tuanku Sultan Selangor.
3) Membubarkan Dun Selangor - Ini yang Anwar Ibrahim mahukan sebelum dia dimasukkan ke dalam penjara dan kempen PR akan menjadikan Tuanku Sultan sebagai sasaran dan mengaitkan UMNO sebagai Tok dalang. Hasutan akan dilakukan oleh pemimpin PR untuk terus menghina Intitusi Diraja.
Walaupun kita sering memperlekehkan Anwar namun secara jujur saya melihat Anwar mempunyai matlamat jangka masa yang panjang dalam memastikan Anwar menjadi Presiden Malaysia. Saya katakan PRESIDEN kerana apa yang dilakukan Anwar ini adalah untuk menggugat istitusi Diraja dan menarik rakyat menentang Istitusi Diraja di Malaysia. Ini perlu dilakukan bagi memastikan rakyat semakin hari semakin membenci pihak Istana.
Apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar merupakan satu plan untuk jangka masa panjang dan dengan meletakkan Wan Azizah MB Selangor sudah pasti dapat menarik pengundi dikalangan kaum wanita. Dan membangkitkan semangat kaum Wanita untuk merebut jawatan yang ada. Sasaran ini dimulakan di Selangor dengan perlantikkan Wan Azizah MB Selangor dan PRU14 jika Pakatan Rakyat menang maka Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri dan Anwar akan dibebaskan dari penjara.
Skrip yang sama akan berulang yang mana akan ada MP PKR meletakkan jawatan dan Anwar setelah habis edah setelah keluar penjara akan bertanding dan menang seterusnya dipilih menjadi Perdana Menteri. Dan saya yakin Anwar dengan kekuasaan nya sebagai Perdana Menteri pada waktu itu akan menukar corak pentadbiran di Malaysia dan saya juga yakin Anwar akan menghapuskan sistem beraja dan menjadikan dirinya sebagai PRESIDEN MALAYSIA.
Pada waktu itu saya rasa anda semua boleh fikirkan apa yang bakal berlaku dan apa yang akan terjadi dengan negara Malaysia. Malah anda juga pastinya akan dapat melihat bagaimana kuasa asing dunia akan berpusu pusu membantu Anwar dalam mengekalkan kedudukannya selaku PRESIDEN MALAYSIA.
Ini merupakan pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana mana parti. Saya nyatakan disini adalah kerana melihat kembali sejarah dan karier Anwar didalam politik Malaysia serta kerakusan nya dalam merebut tempat, memegang jawatan dan kedudukan di dalam UMNO.
Anwar bermula dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudiannya dibawa masuk oleh Tun Dr Mahathir yang pada waktu itu merupakan Presiden UMNO. Sebelum Tun Dr Mahathir menjemput Anwar ke dalam UMNO, parti PAS terlebih dahulu menawarkan Anwar jawatan dan kedudukan di dalam PAS. Namun ianya di tolak oleh Anwar sebaliknya mengikut Tun Dr Mahathir dan masuk ke parti UMNO pada tahun 1983 (tarikh kelahiran saya)
Semenjak itulah berkembangnya pengaruh Anwar dan kedudukannya. 1983 bagaikan menaiki lif untuk menduduki jawatan di dalam UMNO dan kerajaan dalam tempoh 16 tahun sahaja Anwar berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO. Banyak pemimpin UMNO yang darah mereka UMNO sejak lahir dicantas satu demi satu oleh Anwar. Anwar Ibrahim pada waktu itu merupakan anak emas kepada Tun Dr Mahathir dan Kerakusannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah tidak dapat dibendung lagi.
Musibat menimpa Anwar apabila dipecat dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Walaupun Anwar sudah merengkok di dalam penjara kerana kesalahan SALAH GUNA KUASA & RASUAH pada tahun 1998 namun impian dan matlamatnya untuk menjadi pemimpin no 1 Malaysia tidak pernah terpadam. Malah kini Anwar bercita lebih tinggi iaitu bukan Perdana Menteri tetapi Presiden Malaysia kedudukan no 1 yang terulung dalam negara.
Anwar hebat, dia hebat bercakap, dia hebat berpolitik, dia hebat meliwat dan dia juga hebat serba serbi. Ini Dajal yang wujud di Malaysia hari ini dengan terus mengucar kacirkan negara demi kepentingan peribadinya semata mata.
Sir Azri
Nelayan tak makan subsidi
Labels:
Anwar Ibrahim,
Diraja,
DSAI,
Istana,
KETUM,
Melayu,
Menteri Besar,
Presiden,
Raja Raja Melayu,
Selangor,
Wan Azizah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment