Sir Azri Video

Sunday, 16 March 2014

MH370 conspiracy to turn on the radar reform 2.0




Kes kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines pada pendapat saya ianya adalah satu konspirasi oleh pihak yang mahu negara Malaysia menjadi huru hara. Teori saya berpandukan kepada beberapa pekara dan juga subjek yang dilihat berpotensi untuk terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370. Teori ini bukan mahu mencampuri urusan pihak kerajaan dalam misi mencari pesawat MH370 namun ianya lebih kepada pendapat dan pandangan peribadi saya.


Keputusan Kes Liwat Dato Sri Anwar Ibrahim 7 Mac 2014:

7 Mac 2014 - perbicaraan hari kedua di istana Kehakiman mahkamah Putrajaya berlangsung yang mana pada hari tersebut perbicaraan dijangkakan selesai namun keputusan penghakiman oleh ketiga tiga hakim belum dapat diketahui dan bila tarikh keputusan hukuman yang akan dikenakan kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim sama ada beliau bebas ataupun disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

7 Mac 2014 - setelah selesai penghujahan kedua dua pihak yang melibatkan pihak pendakwaraya diketuai Tan Sri Shafee Abdullah dan peguambela Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh. Dato Sri Anwar Ibrahim bangun dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman kepada beliau pada petang itu dan tidak mahu penghakiman menetapkan tarikh lain untuk keputusan penghakiman.

7 Mac 2014 - Mahkamah rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato Sri Anwar Ibrahim kerana meliwat pembantu peribadinya. Namun hukuman penjara tersebut ditangguhkan setelah pihak peguambela Anwar Ibrahim memohon kepada mahkamah untuk menfailkan rayuan ke mahkamah Persekutaun. Anwar Ibrahim diikiat jamin sebanyak RM10,000.


7 Mac 2014 - Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad hadir ketika Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar Ibrahim bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

7 Mac 2014 - am 9.00 malam - Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad tiba di KLIA bagi persiapan manjalankan tugas menerbangkan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

7 Mac 2014 - Dalam satu pentas ceramah di Kajang Timbalan Presiden PKR Yb Azmin Ali melancarkan Reformasi 2.0 yang mana mahu rakyat turun ke jalanraya bagi membantah keputusan hakim yang menyabitkan Anwar Ibrahim bersalah meliwat dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

7 Mac 2014 - 11.00 malam di  Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan Utama
Lokasi: Bangunan Mat Saman, Kg Sekamat, Batu 13, Jalan Cheras Dato Sri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi laungan Reformasi mengajak rakyat turun ke jalanraya bagi membela beliau dari sabitan meliwat.


8 Mac 2014 - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi pada hari yang sama.

8 Mac 2014 - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada 1.30 pagi 120 batu nautika di perairan timur Kota Baharu, Kelantan.


8 Mac 2014 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).



8 Mac 2014 - Kenyataan media daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu, kesemua keluarga penumpang telah dimaklumkan dan pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

8 Mac 2014 - Pimpinan PKR mengritik kerajaan Malaysia dalam mengatasi kehilangan pesawat MH370. Malah rata rata pimpinan PKR melabelkan Dato Sri Najib Razak gagal sebagai Perdana Menteri kerana tidak mampu menangani kes kehilangan pesawat MH370.

8 Mac 2014 - Pimpinan UMNO seluruh Malaysia berhimpun di Pusat Latihan UMNO Janda Baik bagi menghadiri kursus kepimpinan. Seluruh Ahli parlimen UMNO turut sama berada di Janda Baik yang mana kursus kepimpinan tersebut berakhir pada 9 Mac 2014.

8 Mac 2014 - YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan pemangku menteri pengangkutan Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein membuat sidang media penjelasan kehilangan pesawat MH370.

9 Mac 2014 - Demosntrasi Reformasi 2.0 yang berlangsung di Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan. Pimpinan PKR juga tidak hadir dan ini memaksa demonstrasi Reformasi 2.0 dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan.


9 Mac 2014 - Utusan Malaysia menerbitkan berita Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, memiliki sistem simulator penerbangan Boeing 777 yang dibuatnya sendiri di rumah.

9 Mac 2014 - Dato Sri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berceramah di Saujana Impian Kajang pada malam itu tidak hadir atas sebab yang tidak dapat PKR jelaskan.


10 Mac 2014 - Sidang parlimen penggal kedua bermula yang mana ahli parlimen Pakatan Pembangkang yang diketuai Dato Sri Anwar Ibrahim memboikot dengan tidak memakai pakaian istiadat. Pakatan Pembangkang pada hari itu juga membuat usul dalam isu pesawat MH370 untuk dibahaskan di dalam Parlimen. YDP  Speaker menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang.

10 Mac 2014 - Laporan dalaman menyatakan bahawa satu perancangan telah diatur oleh Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang pada hari itu untuk membuat usul undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.


10 Mac 2014 - Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa melalui akaun Twitter dan Fecbook beliau mengesahkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad ahli parlimen PKR seumur hidup dan merupakan ahli PKR cabang Subang dan merupakan penyokong tegar PKR.

10 Mac 2014 - Wartawan negara asing membanjiri Malaysia dan berkumpul di KLIA dengan mencetuskan soalan soalan provokasi akan kegagalan kerajaan Malaysia menangani kes kehilangan pesawat MH370

11 Mac 2014 - Pemimpin pembangkang terus menyerang kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib dengan melabelkan YAB PM lemah dan kerajaan tidak bertanggungjawap.

11 Mac 2014 - Misi mencari pesawat MH370 diteruskan dengan bantuan 13 negara.

12 Mac 2014 - TUDM nafi kesan MH370 di ruang udara Selat Melaka. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan media bahawa pihak tentera mengesan pesawat MH370 yang hilang itu di ruang udara Selat Melaka, jauh dari kawasan ia berhubung kali terakhir dengan pengawal trafik udara awam sebelum hilang empat hari lalu.

12 Mac 2014 - Dato Sri Anwar Ibrahim terus memperlekehkan kerajaan dalam mengurus isu pesawat MH370 yang masih lagi hilang. Dalam pentas ceramah beliau serta pimpinan Pakatan Pembangkang memperli dan mempersendakan YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak.

13 Mac 2014 - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 meneruskan penerbangan selama empat jam selepas ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, lapor The Wall Street Journal
Syak wasangka itu adalah berdasarkan data daripada enjin pesawat berkenaan yang dimuat turun secara automatik dan dipancarkan ke permukaan darat sebagai sebahagian daripada rutin program penyelenggaraan

13 Mac 2014 - Transponder pesawat MH370 yang tidak mengeluarkan isyarat ketika hilang sama ada sengaja ditutup atau lain-lain kemungkinan sedang disiasat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

13 Mac 2014 - Pemimpin PKR melabelkan kerajaan dibawah kepimpinan YAB PM Dato Sri Najib gagal.

14 Mac 2014 - Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media, pihaknya masih menyiasat kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan akan dihentikan dan turut dinyatakan bahawa komunikasi satelit terakhir pesawat adalah sama ada menuju ke selatan Lautan Hindi atau menghala ke arah Kazakhstan


15 Mac 2014 - Pesawat MH370 disahkan telah berpatah balik dengan Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan secara sengaja sebelum menghampiri pantai timur Semenanjung. Menurut laporan melalui sidang akhbar khas di Hotel Sama Sama, juga didedahkan bahawa komunikasi terakhir antara MH370 dan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi, Sabtu lalu. Kini tumpuan pencarian MH370 adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi

15 Mac 2014 - Sistem komuniasi pesawat (ACARS) dimatikan dengan sengaja dan tumpuan penyiasatan menfokuskan kepada juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.


15 Mac 2014 - Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.


16 Mac 2014 - Maklumat terdekat dengan keluarga juruterbang turut mengesahkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menghantar anak dan isteri beliau ke Australia sebelum insiden kehilangan pesawat MH370.




To Be Continue......

Teori yang saya nyatakan dalam artikel ini bercampur campur dengan pelbagai pekara penting yang sebenarnya bersangkut paut dengan kes kehilangan pesawat MH370. Akan saya huraikan dalam masa masa terdekat konspirasi ini. Saya yakin anak kapal dan juga penumpang pesawat MH370 kini dalam keadaan yang selamat dan saya juga yakin kerajaan Malaysia, China dan juga Amerika bekerjasama dalam pekara ini yang mana siasatan terus berjalan sehingga dalang utama rampasan MH370 ditangkap.

Thursday, 13 March 2014

"Liwat suka sama suka" Apakah Anwar Ibrahim akan saman Majlis Peguam?



Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.

Menurut Presidennya, Christopher Leong, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan itu dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

- Utusan Malaysia


Apa yang dinyatakan oleh Majlis Peguam adalah satu kenyataan yang datangnya dari orang yang bukan Islam. Orang bukan Islam sudah cukup biasa dengan seks luar tabii malah sudah banyak negara yang menghalalkan seks luar tabii sehingga ada yang membenarkan perkahwinan sesama lelaki. 

Tetapi bagi kita umat Islam ianya tidak dapat diterima kerana perbuatan seks luar tabii merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan dilakhnat oleh Allah SWT.


Firman Allah;وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Maksudnya; “Dan Nabi Lut juga (kamu utuskan), Ingatlah ketka ia berkata kepada kaumnya: “patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu? * sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”
Dari Firman Allah ini, Allah menggambarkan tindakan homoesksual ini merupakana amalan “fawahisy” atau amalan yang keji.Menurut Imam Al-Qurtubi, makna Fawahisy adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Disebalik kemurkaan Allah terhadap pelaku Liwat ini, Allah juga telah menyediakan hukuman di dunia yang perlu dilaksanakan terhadap orang yang melakukan amalan kaum Nabi Lut .Pendapat Jumhur ulama ini adalah disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu musa Al-‘Asyari, bersabda Nabi SAW;إذا اتى الرجل الرجل فهما زانيان
Maksudnya;“apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki yang lain (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina” (Sya’b Al-Iman : 5221))

Begitujuga hadis yang diriwayatkan daripada Ibni Abbas, bersabda nabi SAW
;مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ Maksudnya;“Barangsiapa yang kamu dapati mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, maka hendaklah kamu bunuh pembuat dan orang yang kena buat” (Sunan Abi Daud : 3869)

‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ia (pelaku gay) dinaikkan ke atas bangunan yang paling tinggi di satu kampung, kemudian dilemparkan darinya dengan posisi pundak di bawah, lalu dilempari dengan bebatuan.”

 “Siapa saja di antara kalian mendapati seseorang yang melakukan perbuatan kaum Luth maka bunuhlah pelakunya beserta pasangannya.


Al-Imam Asy-Syafi’i berkata,
” وَبِهَذَا نَأْخُذُ بِرَجْمِ مَنْ يَعْمَلُ هَذَا الْعَمَلَ مُحْصَنًا كَانَ أَوْ غَيْرَ مُحْصَنٍ “
“Maka dengan (dalil) ini, kami menghukum orang yang melakukan perbuatan gay dengan rajam, baik ia seorang yang sudah menikah maupun belum.
Begitu juga dengan riwayat dari Khalid bin Al-Walid bahwa beliau mendapati di sebagian daerah Arab, seorang lelaki yang disetubuhi sebagaimana disetubuhinya seorang wanita. Lalu, beliau menulis (surat) kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq tentangnya, kemudian Abu Bakar Ash-Shiddiq meminta nasihat kepada para shahabat. Maka yang paling keras perkataannya dari mereka ialah Ali bin Abi Thalib yang berkata,
” مَا فَعَلَ هَذَا إِلاَّ أُمَّةٌ وَاحِدَةٌ مِنَ الأُمَمِ، وَقَدْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلَ اللهُ بِهَا، أَرَى أَنْ يُحْرَقَ بِالنَّارِ “
“Tidaklah ada satu umat pun dari umat-umat (terdahulu) yang melakukan perbuataan ini, kecuali hanya satu umat (yaitu kaum Luth) dan sungguh kalian telah mengetahui apa yang Allah Subhaanahu wa ta’ala perbuat atas mereka, aku berpendapat agar ia dibakar dengan api.”
Lalu, Abu Bakar menulis kepada Khalid, kemudian Khalid pun membakar lelaki itu.



Jadi jelaslah kepada kita semua bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Malaysia ini. Perbuatan seks luar tabii yang beliau lakukan adalah satu perbuatan yang terkutuk dan amat jijik. Walaupun ianya adalah suka sama suka namun sebagai seorang Islam kita wajib menolak individu yang mengamalkan seks luar tabii untuk menjadi pemimpin kita.

Semoga Anwar Ibrahim Bertaubat.

- Sir Azri

Wednesday, 12 March 2014

Tun Mahathir setuju Anwar Ibrahim pengamal homoseksual


Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Pada 9 September 2005, beliau bercakap sedemikian ketika menjawab soalan daripada wartawan . Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir dengan mendakwa kata-kata Dr Mahathir itu bersifat fitnah. Pada 4 Julai 2007, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Tengku Maimon Tuan Mat membuat keputusan bahawa saman Anwar terhadap Dr Mahathir itu tidak dapat diterima. Dr Mahathir Mohamad menggunakan imuniti 'Tun' dan bergantung kepada hak keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri ketika membuat kenyataan itu.

Saman ini serupa dengan saman fitnah pada 1999 berhubung kes yang sama. Dengan ini, perbicaraan penuh ditolak bulat-bulat di peringkat awal lagi. Peguam Datuk V.K.Lingam yang mewakili Dr Mahathir. Peguam S.N. Nair mewakili Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Anwar masih disabitkan dengan meliwat Azizan Abu Bakar. Sabitan terhadap Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan bekas penulis ucapan Anwar, Munawar Anees telah diketepikan .

Pada 21 Oktober 2009, Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah bahawa Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu. Memorandum Anwar Ibrahim itu tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.

Dengan demikian, saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan. Malahan Anwar diperintah membayar kos kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber Kelab Che Det

Kes saman ini tidak diulas oleh Dato Sri Anwar Ibrahim, kes ini didiamkan oleh beliau kepada para penyokong beliau sehingga ke hari ini/ Tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar Ibrahim seorang homoseksual sememangnya ada asas yang kukuh dan atas sebab tersebut Dato Sri Anwar Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan cuba melarikan diri daripada persoalan ini.


Kes liwat Dato Sri Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari telah membuktikan bahawa seks luar tabii telah berlaku yang mana berlaku penetrasi ke atas dubur Saiful Bukhari. Sperma milik Dato Sri Anwar Ibrahim juga telah di temui dalam dubur Saiful Bukhari dan ianya tidak dapat dijawap oleh peguam Anwar Ibrahim YB Karpal Singh dalam pembelaannya.

Dengan kenyataan dan fakta fakta yang dinyatakan ini maka sememangnya ada asas yang kukuh untuk kita seluruh rakyat Malaysia mempercayai bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim adalah seorang pengamal homoseksual.


Perlukah kita mengangkat pengamal homoseksual Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara?

- Sir Azri

Friday, 7 March 2014

Antara Anwar Ibrahim & Papa Gomo & Wan Muhammad Azri siapa pengamal homoseksual?


Hari ini mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim bersalah meliwat Saiful Bukhari dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Alasan penghakiman mahkamah rayuan mengesahkan bahawa bukti sampel air mani Dato Sri Anwar Ibrahim ditemui dalam dubur Saiful Bukhari. Karpal Singh dan barisan peguam Anwar Ibrahim tidak menafikan air mani tersebut malah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari adalah milik Anwar Ibrahim.

Apabila mahkamah tinggi Kuala Lumpur memutuskan saya bersalah dan menfitnah Anwar Ibrahim, para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim menyatakan mahkamah adil dan telus. Tetapi hari ini para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim menyatakan mahkamah tidak adil dan merupakan satu konsperasi pemimpin UMNO.

Anwar Ibrahim bersalah dan saya juga bersalah?

Papa Gomo blogger yang sememangnya mencetuskan banyak isu dalam berita politik tanah air. Papa Gomo blogger yang begitu komited dan konsisten menentang Dato Sri Anwar Ibrahim ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga merupakan ketua pembangkang Malaysia. Papa Gomo juga dikenali sebagai blogger porno hasil paparan di blog yang memaparkan adengan seks ranjang individu yang dikatakan sebagai Anwar Ibrahim bersama wanita pelacur China.

Saya dikaitkan dengan blog Papa Gomo, saya rakyat marhain telah disaman oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dalam samannya menuntut ganti rugi RM 100 juta kerana menyatakan bahawa saya adalah pemilik blog Papa Gomo dan telah melemparkan fitnah kepada beliau berhubung paparan gambar yang dikeluarkan oleh blog Papa Gomo hasil daripada pendedahan blog www.rajagoyang360.blogspot.com



Sebelum saya di saman oleh Anwar Ibrahim dan tewas dalam saman tersebut, saya telah melihat banyak paparan gambar yang mana diterbitkan oleh akhbar arus perdana dan juga turut ditayangkan di kaca televisyen. Dan apabila saya disaman oleh Anwar Ibrahim saya tertanya tanya mengapa saya disaman sedangkan akhbar arus perdana dan juga stesyen televisyen tidak disaman oleh Anwar Ibrahim? Mengapa saya?

 

Saya menafikan bahawa saya adalah blogger Papa Gomo malah saya memberi keterangan dalam perbicaraan saya pada penghujung bulan Januari 2014 di hadapan hakim. Saya memberikan sepenuh kenyataan dan keterangan serta bukti kepada pihak hakim bahawa paparan dalam blog blog tersebut perlu dilakukan siasatan terperinci dan juga pengesahan daripada pakar bagi membuktikan gambar tersebut tidak tulen. Malah saa juga meminta pihak mahkamah untuk merujuk kes liwat terdahulu yang dikaitkan dengan Dato Sri Anwar Ibrahim termasuk dengan kes liwat Saiful Bukhari.

Namun pada 28 Febuari 2014 dalam saman RM 100 juta Anwar Ibrahim ke atas saya, Mahkamah tinggi telah mengarahkan saya untuk membayar sebanyak RM 800 ribu kepada Anwar Ibrahim dan RM 50 ribu untuk kos mahkamah. Keputusan hakim memenangkan Anwar Ibrahim dan saya rakyat marhain tewas. Sehingga ke hari ini saya tidak membayar sesen pun kepada Anwar Ibrahim kerana saya telah pun menfailkan rayuan kes saya ini ke mahkamah rayuan bagi mendapatkan keadilan.

Saya tidak mahu untuk mengulas berkaitan kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim ke atas saya dan juga kekalahan saya kepada beliau ataupun memberikan kenyataan berhubung keputusan hakim mahkamah tinggi. Namun saya menjadi semakin berminat untuk bercakap perihal dan kelakuan Dato Sri Anwar Ibrahim sepanjang saya kenali beliau dan hasil rujukan saya mengenai beliau apatah lagi hari ini beliau telah diputuskan bersalah oleh mahkamah rayuan yang beliau meliwat Saiful Bukhari.

Siapa Anwar Bin Ibrahim?

Saya berminat dengan berita berita yang berlaku di Malaysia dan antara berita yang saya paling gemari adalah berkaitan politik Malaysia. Anwar Ibrahim merupakan subjek untuk saya melakukan analisis dan mencari data serta maklumat terperinci bagi mengenali beliau. Semua ini saya lakukan setelah beliau Anwar Ibrahim menyaman saya dan menjadi iktizam saya untuk mempertahankan diri saya serta membersihkan diri saya daripada fitnah jijik Dato Sri Anwar Ibrahim.

Moral.

Adakah Dato Sri Anwar Bin Ibrahim seorang yang bermoral? Apakah beliau bersih dari sebarang salah gunakuasa dan juga rasuah?

Pada peringkat ini saya mengimbau akan kenterangan Anwar Ibrahim sewaktu beliau menyaman saya RM 100 juta. Saya masih ingat antara keterangan Anwar Ibrahim bahawa beliau menyatakan

"Fitnah jijik ke atas saya main jubor, ini menjatuhkan reputasi saya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia."

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah di fitnah dengan begitu jijik oleh blog Papa Gomo yang mana mengaitkan saya dengan fitnah tersebut. Anwar Ibrahim pada keterangan tersebut tidak menafikan bahawa beliau seorang Homoseksual. Malah keterangannya itu hanyalah berkisar kepada marah dan dendam kepada blog Papa Gomo yang telah banyak mengeluarkan perihal dan mempersoalkan moral Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang yang bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tidak ada sebarang penafian yang direkodkan di mahkamah bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau mengenali lelaki dalam paparan gambar tersebut. Malah Anwar Ibrahim sendiri tidak menyentuh individu lelaki dalam gambar tersebut. Malah sepanjang keterangan Anwar Ibrahim beliau tidak sama sekali manafikan bahawa beliau adalah individu dalam paparan gambar seks tersebut.

Apakah benar Anwar Ibrahim seorang pengamal "HOMOSEKSUAL?"

Jawapan saya setelah melihat gelagat Dato Sri Anwar Ibrahim sepanjang saya mengenali beliau dan juga fakta fakta dalam keterangan mahkamah kes 1998 dan juga kes liwat Saiful Bukhari serta kenyataan saksi saksi yang ada amat bersetuju bahawa

Dato Sri Anwar Ibrahim adalah pengamal HOMOSEKSUAL.

Malah untuk rekod Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim  seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005. Anwar Ibrahim telah menfailkan saman RM 100 juta ke atas Tun Dr Mahathir dan kalah dalam saman tersebu.

"Kita nak dedah sesuatu kena lah ada bukti, dia ni pandai sorok, dia KAYA bukan MISKIN, sebab tu dia boleh pergi sana , pergi sini, cerita karut-karut kepada orang, memburukkan nama saya, itulah kerja dia, sebab tu dia ada banyak duit , dulu pernah dia nak saman saya 100juta, konon boleh TUTUP MULUT saya ni, dia kalah. Mahkamah suruh dia bayar saya 70,000 sebagai ganti rugi, dari mana dia dapat duit tak tau lah," - Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri Malaysia


Saya mempersilakan Dato Sri Anwar Ibrahim menyaman saya Wan Muahammad Azri untuk kali kedua. Kerana sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah pengamal HOMOSEKSUAL.

- Sir Azri


Sunday, 2 March 2014

Berkata benar walaupun pahit



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Hari ini 02/03/2014 saya mulakan dengan Bismillah ir-Rahman ir-Rahim. Apa sahaja, siapa sahaja akan saya lakukan sesuatu bagi menyampaikan kebenaran kepada para pembaca. Kerajaan mahupun Pembangkang ataupun pihak pihak lain yang saya punya bukti untuk saya dedahkan bagi tatapan masyarakat. Matlamat saya biar ianya diketahui oleh masyarakat agar senang pihak pihak berkenaan melakukan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat.

Berkata Benar Walaupun Pahit

Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris @ Sir Azri