Sir Azri Video

Thursday, 24 April 2014

Menteri Besar Selangor Masuk Perangkap Rafizi Ramli




Khalid Ibrahim jadi bahan serangan rakyat apabila masaalah air timbul sedangkan yang menjadi punca bekalan air ini terpaksa dicatu adalah kerana permainan politik jijik Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli YB Pandan begitu agresif mempertahankan isu air apabila dibangkitkan pada tahun 2012 dan tahun 2013 dengan menyatakan simpanan air Selangor adalah cukup untuk penduduk.

Friday, 11 April 2014

Mengapa Anwar Ibrahim batalkan saman fitnah ke atas Saiful Bukhari?



Reformasi 2.0 yang waktu ini cuba digerakkan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim nampaknya semakin lama semakin tidak mendapat sambutan rakyat. Yang ada memenuhi tiap kali program yang dianjurkan PKR adalah terdiri daripada pengikut PKR sendiri dan sesuai jika saya katakan ianya tidak lebih kepada program "Syok Sendiri".

Beberapa pemimpin PKR menghina mahkamah diatas keputusan tempoh hari yang mana mahkamah rayuan mengesahkan bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari dan telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pimpinan PKR yang kita tahu merupakan pengikut setia Anwar Ibrahim menyatakan kes liwat ini adalah satu "Konspirasi" yang telah dirancang oleh UMNO untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Malah ada pimpinan PKR yang menyatakan bahawa air mani Anwar Ibrahim diambil secara paksa dan diletakkan ke dalam dubur Saiful Bukhari mangsa liwat.

Saya akan mengulas mengenai kaedah kaedah untuk mengambil air mani seseorang itu dalam artikel dilain hari. Namun hari ini saya mahu bertanya kepada Dato Sri Anwar Ibrahim mengapa beliau menarik balik saman ke atas Saiful Bukhari?


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.

Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama. - UTUSAN 12/09/2012

Mengapa saman ke atas Saiful Bukhari ditarik? Mengapa beliau Dato Sri Anwar Ibrahim tidak meneruskan saman ke atas Saiful Bukhari jika benar beliau tidak meliwat Saiful Bukhari?

Saya harap penyokong yang masih lagi bersama dengan Dato Sri Anwar Ibrahim bertanyakan sendiri soalan ini kepada beliau. Malah tanya juga kepada pemimpin pemimpin di dalam PKR mengapa saman ke atas Saiful Bukhari tidak diteruskan.

Rakyat perlu cerdik dan tidak perlu menjadi dungu terus menjadi perisai atas kebodohan dalam berfikir secara waras akan isu ini. Jangan terus dijadikan boneka Dato Sri Anwar Ibrahim.

- Sir Azri

Thursday, 10 April 2014

GERAM akan pastikan Rafizi Ramli merengkok dalam penjara


Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli perlu ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian dan penghinaan terhadap badan kehakiman negara.

Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) Norafiq Md Noor berkata, Rafizi yang juga penulis buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah' dilihat menyalahi kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964.

"Melalui tajuk buku berkenaan jelas sekali ia bertujuan untuk mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara. Buku itu merujuk kepada fakta kes Anwar Ibrahim sekaligus menghina keputusan mahkamah terhadap penghakiman kes beliau.




"Saya percaya ini adalah suatu kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c). Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri. Saya meminta agar YB Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan ditahan dan disiasat dengan segera berkaitan buku berkenaan," 

Dalam masa sama, Norafiq turut mendesak pihak yang berkaitan supaya menghentikan pengedaran buku Reformasi 2.0 bagi mengelak persepsi buruk yang dilemparkan terhadap sistem perundangan negara yang sengaja dipolitikkan demi meraih simpati.


"Buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca dengan intergriti serta kepercayaan mereka terhadap sistem keadilan mahkamah dan menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan terhadap hakim di Malaysia. Sekiranya buku yang berbaur hasutan ini tidak disekat edarannya ia akan menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat dengan sistem kehakiman di negara ini," tegas beliau.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti pembangkang mengagung-agungkan dan memuji badan kehakiman apabila dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii, liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

Saiful bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah menerusi panel 3 hakim kemudiannya mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan sama seterusnya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Lantaran itu, pimpinan parti pembangkang menerusi parti milik Anwar Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengajak rakyat turun ke jalanraya dalam himpunan Reformasi 2.0 kerana beranggapan keputusan mahkamah sebagai tidak adil dan menzalimi Anwar. Malah parti pemerintah Barisan Nasional (BN) turut dituduh sebagai dalang dalam membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka. - Rakyat News


 Saya melihat laporan Polis yang dibuat ini amatlah wajar memandangkan penghinaan telah dilakukan oleh spesis spesis pemimpin Politik yang berselindung disebalik kekebalan selaku ahli Parlimen untuk menghina keputusan Mahkamah.

Sikap keterlaluan Yb Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan ini perlulah diambil tindakan segera iaitu dengan menahan beliau dan didakwa atas penghinaan yang dilakukan. Rakyat Marhaen hari ini berasa amat kecewa jika tindakan biadap Rafizi Ramli tidak dikenakan tindakan sedangkan jika ianya melibatkan rakyat marhaen begitu cepat tindakan diambil oleh badan penguatkuasa.

- Sir Azri

Friday, 4 April 2014

Laporan Polis baru ke atas Dato Sri Anwar Ibrahim


Semalam 3 hb April 2014 YB Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataan beliau di parlimen telah cuba untuk menggugut saya melalui laporan Polis yang akan beliau dan YB N.Surendran buat pada Selasa tanggal 8hb April ini. Menurut Rafizi Ramli laporan Polis akan dibuat ke atas saya kerana didakwa telah memberi keterangan  palsu di Mahkamah sewaktu kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim bulan Febuari yang lalu.

Saya tidak salah dan tidak ada apa yang perlu untuk ditakutkan dengan ugutan dari Yb Rafizi Ramli dan Yb N.Surendran dalam pekara ini. Saya menunggu laporan Polis yang akan dibuat oleh mereka berdua ini pada 8hb April untuk saya menjalankan tindakan selanjutnya pada 9hb April yang mana turut akan membuat laporan Polis.

Beberapa penipuan sewaktu memberikan keterangan telah dilakukan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah dan ianya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).

Oleh itu, saya akan membuat laporan polis terhadap Dato Sri Awnar Ibrahim atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Rabu 9 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.
Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Dato Sri Anwar Ibrahim serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim.
Wan Muhammad Azri
Rakyat Marhaen
4 April 2014


Thursday, 3 April 2014

YB Rafizi Ramli kebal undang undang berbanding saya rakyat marhain



Hari ini pencabulan sekali lagi dilakukan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat ke atas saya dengan menggunakan kedudukan mereka selaku ahli parlimen yang diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan telah membuat kenyataan ugutan untuk membuat satu laporan Polis ke atas saya yang mana menyatakan saya telah menipu mahkamah sewaktu perbicaraan kes Anwar Ibrahim menyaman saya RM 100 juta. Rafizi Ramli juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu menyaman saya kerana menfitnah beliau telah dipecat dari Petronas.

Mengapa Rafizi Ramli budak suruhan rahum Ghouse mahu menyaman saya sedangkan yang menerbitkan artikel tersebut adalah blog Papa Gomo dan blog blog lain? Namun jika beliau Rafizi Ramli ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mahu menyaman saya, maka silakan kerana saya tidak gentar menjadi si pondan untuk takut dengan ugutan.

Mahkamah tinggi tempoh hari memutuskan saya adalah pemilik blog Papa Gomo walaupun penafian telah saya lakukan. Bagaimana kreabiliti kepututusan hakim yang meletakkan saya bersalah sedangkan tidak ada sebarang bukti saya pemilik blog Papa Gomo? Adakah hakim hakim boleh dipercayai tidak berat sebelah atas keputusan yang telah dibuat? 

Rafizi Ramli melalui twitter menyerang saya dengan menakut nakutkan saya dengan hukuman 7 tahun penjara kerana dikatakan memberi keterangan palsu di mahkamah. Turut sama menyerang saya adalah N.Surendran ahli parlimen Padang Serai dan Lathefa Koya ahli majlis tertinggi PKR yang juga bekas ahli majlis perbandaran Petaling Jaya. Lathefa Koya dan N.Surendran ini juga merupakan peguam kepada Dato Sri Anwar Ibrahim sewaktu kes saman Anwar ke atas saya.

Mereka berjawatan dengan kekebalan Ahli Parlimen yang mana mempunyai kedudukan yang cukup baik dari segi politik dan juga mempunyai pengaruh yang boleh menjadikan sesuatu kes prejudis ke atas saya seorang rakyat marhain yang tidak mempunyai apa apa kapasiti jawatan dalam politik mahupun kerajaan. Adakah ini yang telah membuktikan bahawa rakyat marhain seperti saya akan menjadi mangsa ditindas oleh mereka yang berjawatan dan kebal undang undang?



Sebagai contoh Rafizi Ramli telah dituduh di mahkamah seksyen Shah Alam atas kesalahan BAFIA yang mana kes tersebut dibicarakan pada tanggal 1/8/2012. Rafizi Ramli yang sewaktu itu merupakan pengarah strategik PKR telah diberikan ikat jamin sebanyak RM 15,000 ringgit dan mahkamah menetapkan kes perbicaraan pada bulan September 2012.

Rafizi Ramli kemudiaanya melakukan segala usaha bagi mengetepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dan mendakwa beliau tidak bersalah dalam mendedahkan maklumat perbankkan milik individu lain. Mahkamah kemudiannya memutuskan kes tersebut dibicarakan pada tanggal Jun 2013. Rafizi Ramli

Sedikit kronologi kes BAFIA Rafizi Ramli :

10 September 2012, Rafizi Ramli menerusi peguamnya, Sivarasa membuat rayuan agar pertuduhan tersebut diketepikan kerana beranggapan, pertuduhan tersebut melanggar peraturan negara, selain berniat jahat untuk mengenakan Rafizi Ramli.

23 November 2012, permohonan untuk mengenepikan tuduhan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Rafizi Ramli yang cukup hebat apabila bercakap tetapi pucat lesi apabila dibawa masuk ke mahkamah, meneruskan proses untuk mengenepikan tuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan.

23 Mei 2013, rayuan Rafizi Ramli yang difailkan oleh Sivarasa Rasiah di Mahkamah Rayuan telah ditolak kerana rayuannya tidak mempunyai merit. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata, dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai merit.

Hakim kemudiannya mengeluarkan arahan agar perbicaraan kes itu dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.


Namun pada 10 Jun malah sehingga ke hari ini kes tersebut masih lagi belum berjalan yang mana Rafizi Ramli kini sudah menjadi seorang ahli Parlimen. Adakah atas kerana beliau seorang ahli parlimen maka kes tersebut telahpun digugurkan? Adakah ini yang berlaku dalam Malaysia hari ini yang mana kes yang melibatkan kepentingan awam sepertimana kes Rafizi Ramli ini tidak perlu diteruskan ataupun wajar digugurkan?

Menurut Akta BAFIA (Bank & Financial Act) atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 menjadi satu kesalahan sekiranya dokumen peribadi syarikat diambil dari bank tanpa persetujuan pemiliknya, apatah lagi didedahkan kepada umum.

Saya bukan mahu menghina proses mahkamah yang ada hari ini, namun dengan keputusan mahkamah yang berlaku sebelum ini saya melihat terdapat jurang yang amat besar apabila yang bekedudukan dan berjawatan tidak seperit rakyat marhain apabila dituduh di mahkamah. Apakah kesalahan yang dilakukan telah diberi kategori oleh pihak mahkamah yang mana jika individu tersebut seorang yang berkedudukan maka proses tersebut tidak seketat rakyat marhain yang dibawah ini?



Lihat sahaja kes Dato Sri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Tertuduh Anwar Ibrahim bebas melakukan apa sahaja sepanjang perbicaraan yang mana sesuka hati menangguhkan kes liwat tersebut sehingga berpuluh puluh kali. Berbeza dengan pesalah lain yang mana tidak mempunyai kesempatan untuk menangguhkan kes dan jika tertangguh pasti waran tangkap akan dikeluarkan kepada tertuduh.




Penghinaan mahkamah secara berterusan oleh Dato Sri anwar Ibrahim juga dipandang sepi oleh jabatan kehakiman negara. Kenyataan kenyataan Anwar Ibrahim yang menghina mahkamah sehingga mengaitkan keputusan mahkamah dengan politik dalam menghina mahkamah tidak diambil tindakan. Jika rakyat marhain yang melakukan ulasan sedikit akan keputusan mahkamah pasti individu tersebut akan dijatuhi hukuman penjara. Kenapa perlu berbeza antara pesalah vvip seperti Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan yang lain berbanding pesalah lain rakyat marhain?

Saya menunggu dengan tenang apa yang bakal dilakukan Rafizi Ramli ahli Parimen Pondan ke atas saya. Saya menanti serangan dari pemimpin PKR ke atass saya. Mereka mempunyai wang dan kuasa dan mereka boleh melakukan apa sahaja dalam menindas rakyat marhain seperti saya. Namun undur setapak sekalipun tidak akan saya lakukan dan akan terus berjuang demi menegakkan kebenaran dan hak saya selaku rakyat Malaysia.

Saya bukan musuh ataupun ancaman kepada negara apatah lagi mahu menggulingkan kerajaan tidak sepertimana ahli parlimen PKR yang terang terang mahu menggulingkan kerajaan yang jelas mahu menggulingkan YDP Agong dan Malaysia.



""Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah"

Jangan sesekali mempertikaikan kesetiaan aku kepada negara
- Bravo 5

Tuesday, 1 April 2014

PKR bakal diharamkan bagi menghidupkan Reformasi 2.0




"Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti."

Cukup licik dan jijik apa yang telah dilakukan Dato Sri Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak sedar permainan dan niat Anwar Ibrahim yang sebenar dalam pemilihan jawatan bagi merebut kerusi Presiden PKR. Ketahuilah bahawa Anwar Ibrahim sedang merangka gerak kerja yang lebih besar bagi terus menghidupkan gerakan "Reformasi 2.0"yang sekarang ini tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia.

Saya melihat Anwar Ibrahim mahu PKR diharamkan yang mana kesempatan tersebut akan digunakan oleh Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR bagi menuduh UMNO dan Najib Razak sebagai punca PKR diharamkan. Ini modus operandi yang saya jangka dilakukan Anwar Ibrahim memandangkan selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun mendapati Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya Saiful Bukhari, gerakan Reformasi 2.0 yang dilancarkan di Stadium Kajang gagal mendapat perhatian rakyat tidak sepertimana tahun 1998 Reformasi yang pertama diadakan.

Bertitik tolak dari kegagalan "Reformasi 2.0" yang dilancarkan amatlah menggangu pemikiran Anwar Ibrahim kerana kita tahu tanpa perisai rakyat, gerakan untuk menggulingkan kerajaan adalah mustahil sama sekali. Malah sekutu PKR dari parti PAS dan Komunis juga tidak bersungguh sungguh dalam menggerakan Reformasi 2.0 membebaskan Anwar Ibrahim.

Reformasi 2.0 gagal mendapat sambutan

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon pada Isnin.

Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

"Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon.

Anwar Ibrahim tahu kedudukan beliau tidaklah kukuh dan juga amat rapuh jika beliau menang jawatan Presiden PKR. Malah pakar undang undang sendiri juga telah menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semata mata mahu PKR diharamkan.

"Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun."

Media milik pembangkang portal Malaysiakini telah memberikan gambaran awal bahawa PKR bakal diharamkan dengan kedudukan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Portal milik penuh pembangkang itu telah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim sedang melakukan sesuatu yang jijik dalam mencapai matlamat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," - Malaysiakini


Malaysiakini telah mengambarkan kepada kita semua sesuatu pekara bakal berlaku selepas ini dan dengan kemenangan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan kemudiannya dibatalkan kemenangan serta pengharaman parti PKR pasti akan digunakan sebaik mungkin oleh Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR untuk menghasut rakyat bahawa Anwar Ibrahim dan PKR telah ditindas oleh UMNO dan Najib Razak. Ini yang akan mereka mainkan dan ini yang mereka mahu lakukan iaitu menjadikan rakyat mangsa kerakusan politik "Reformasi 2.0"

Semoga rakyat Malaysia sedar siapa manusia bernama Anwar Bin Ibrahim ini. Jika benar beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawap sudah semestinya beliau mencontohi sikap Yb Karpal Singh yang melepaskan semua jawatan dalam parti setelah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi tempoh hari.

"Rakyat Malaysia bukan boneka politik songsang" - Sir Azri