Sir Azri Video

Saturday, 27 December 2014

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wajar Dipertanggungjawapkan Atas Kelembapan Operasi Bencana Banjir



Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wajar Dipertanggungjawapkan Atas Kelembapan Operasi Bencana Banjir

Saya akui memang saya sekali pun tidak pernah lagi turun membantu mangsa mangsa banjir di Pahang, Terengganu ataupun Kelantan. Saya hanya menghantar pasukan misi banjir NGO Malaysia Bumiputera Brotherhood yang diketuai oleh Norafiq Md Noor membantu mangsa banjir sedaya yang mampu. Walaupun saya tidak turun ke lokasi banjir saya memantau dan mengambil tahu apa yang berlaku dan sekali pun saya tidak menyalahkan mana mana Menteri atau pun pemimpin UMNO dalam kecelaruan membantu mangsa banjir.

Apa yang saya tahu bencana banjir adalah dibawah selian Majlis Keselamatan Negara (MKN) YAB PM serta Menteri Kabinet telah memberikan amanah kepada MKN untuk mengawal selia banjir dalam negara dengan segala komitmen dan sokongan daripada agensi agensi lain dalam memudahkan MKN menyusun atur gerak kerja membantu mangsa banjir.

Namun apa yang saya perolehi dari pelbagai sumber termasuk agensi agensi yang terlibat semuanya menunding jari kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). MKN dilihat terlalu perlahan dan tidak mempamerkan kebolehan dan keupayaan yang cergas dan pantas dalam menghadapi situasi banjir waktu ini. Mengapa ianya berlaku?

Pada pendapat saya adalah kerana sikap MKN yang banyak protokol dan menapis setiap apa yang berlaku dalam situasi banjir terutama di Kelantan berbanding mengambil inisiatif pantas dalam menyelesaikan aduan banjir yang diperolehi.

Kelembapan MKN turut memberikan impak negatif bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi kepada seluruh Menteri Kabinet kerana dikecam oleh rakyat bahawasanya tidak membantu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Ini memberikan tanggapan negatif yang tidak baik untuk kerajaan kerana MKN selaku agensi yang sudah diamanahkan dan dipertanggungjawapkan dalam mengurus bencana banjir wajar untuk mengambil beban atas permasaalahan yang berlaku dan tidak seharusnya Menteri ataupun pemimpin UMNO, Ahli Parlimen dan juga Adun dipersalahkan.
Mujur agensi agensi seperti pihak ATM, PDRM, BOMBA, JPAM dan lain lain mengambil langkah segera dengan kadang kala menidakkan MKN selaku ketua dalam operasi bencana banjir ini. Jika semua mahu ikut apa yang MKN arahkan dan lakukan nescaya mangsa banjir akan lebih teruk dan kemungkinan menjadi lebih parah kerana protokol terlalu banyak dan karenah biokrasi.

MKN sebenarnya mampu melakukan yang lebih baik jika mereka bersiap sedia dengan segala kemungkinan apabila diamanahkan dan dipertanggungjawapkan dalam mengurus bencana banjir. Pengalaman yang lepas lepas juga sebenarnya telah mematangkan MKN bahawa dalam situasi banjir perlu ada plan A dan Plan B. Jika tidak juga berhasil sudah pasti Plan C dan mana yang baik perlu dilaksanakan dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir.

Mandat yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri dan juga barisan Menteri Kabinet kepada MKN merupakan satu mandat yang besar. Segala kemudahan turut disediakan oleh YAB PM buat MKN serta bantuan dari agensi agensi lain dalam meringankan beban MKN. Ini seharusnya dimanfaatkan oleh MKN dengan sebaik mungkin.

MKN perlu perkukuhkan komunikasi yang mereka ada kerana dengan kecelaruan maklumat serta ketidak cergasan mereka menjadikan rakyat khusunya mangsa banjir mendapat kesan yang besar serta tempias yang tercalit kepada YAB PM dan juga menteri menteri kabinet.

Pekara paling penting buat MKN adalah menguruskan bantuan kepada mangsa banjir seberapa pantas dan juga mengurus persepsi yang dikeluarkan pihak pihak tidak bertanggungjawap. Banyak maklumat serta info banjir dimanipulasi dan palsu diadakan dan ini gagal dijawap oleh MKN selaku ketua bencana banjir dan jika ada yang dijawap ianya mengambil masa terlalu lama yang mana berita palsu tersebut gagal dibendung dalam masa tempoh menjadikan ianya barah kepada rakyat seluruh negara.

Benar banjir itu ketentuan ilahi, namun dengan perancangan yang rapi serta komuniakasi yang efektif sudah pasti ianya banyak membantu dalam menguruskan bencana banjir yang melanda. Saya percaya pada kemampuan MKN cuma saya harap mereka dapat belajar dari kesilapan dan kecelaruan banjir kali ini bagi memantapkan dalam tugasan mengawal selia bencana banjir dimasa mendatang.

Masih ada kesempatan untuk pihak Majlis Keselamatan Negara memperbetulkan kesilapan yang mereka ada. Dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak hari ini di Kelantan harapnya pihak MKN bercakap dengan benar dan memberikan fakta serta berita benar kepada YAB PM. Kekurangan perlu ditambah dan perlu juga menerima teguran dari YAB PM.

Wan Muhammad Azri
Presiden Malaysia Bumiputera Brotherhood

Friday, 26 December 2014

Pekara Yang Anda Perlu Tahu antara Najib, Obama, Golf & Banjir.




Sebelum YAB keluar negara beliau membuat lawatan ke kawasan banjir. Dalam lawatan nya itu beliau diberikan taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi agensi lain yang terlibat bahawa keadaan terkawal dan akan berada dibawah kawalan dan seliaan MKN. Keyakinan YAB PM kepada agensi yang diamanahkan dalam misi banjir tidak diragukan dan YAB PM sendiri memastikan setiap bantuan yang diperlukan mangsa banjir sampai kepada sasaran.

Tidak cukup dengan amanah yang diberi kepada MKN, YAB PM memberikan pula amanah dan mandat kepada Biro Biro UMNO dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat. Melalui Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang dipengerusikan Dato Seri Azeez Rahim bantuan terus menerus disalur kepada mangsa banjir. Malah pemimpin UMNO setempat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan turut diberikan amanah dalam memastikan mangsa banjir diberikan kemudahan dan bantuan sewajarnya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan jaminan bahawa segala permasaalahan banjir akan dapat diatasi dan akan dikawal selia oleh mereka. Satu jaminan yang besar untuk amanah yang diberikan oleh YAB PM.

Bukan mudah untuk seorang Pemimpin negara berjumpa dengan Presiden Amerika satu kuasa besar dunia. Sudah tentu ada pekara penting yang melibatkan Malaysia dan juga dunia apabila Najib Razak dan Barrack Obama dilihat bersama pada hari perayaan krismas. Benar ada yang kutuk dan keji apabila melihat YAB PM bermain Golf di kepulauan Hawai bersama Barrack Obama. Itu mentaliti manusia terutama rakyat Malaysia yang kita tidak boleh ubah kerana mereka cukup suka dengan Gosip dan cereka rekayasa berbanding fakta sebenar.

PM bersama Barrack Obama sudah tentu melibatkan urusan yang penting. Saya tidak tahu apa kandungan perbualan mereka berdua dan saya juga yakin ramai yang tidak tahu. Tapi kita boleh berfikir dengan waras sudah tentu ianya merupakan pekara yang penting terutama kepada Malaysia apabila Barrack Obama diwaktu perayaan hari Krismas meluangkan masa bersama Perdana Menteri Malaysia. Hanya YAB PM dan Barrack Obama sahaja tahu setakat ini apa intipati perbincangan namun saya yakin ianya adalah satu perbincangan yang sedikit sebanyak untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa YAB PM sehari berkali kali menghubungi beliau bertanyakan perihal banjir membuktikan bahawa YAB PM begitu perihatin dan peka dengan situasi yang berlaku waktu ini. Malah Majlis Keselamatan Negara juga sudah pasti melaporkan setiap jam segala laporan yang diperolehi dalam musibah banjir yang dihadapi ini.

Sekarang kita tahu walaupun YAB PM berada diluar negara atas urusan penting beliau begitu komited dan ambil tahu bencana banjir yang melanda negara. Keperihatinan YAB PM pada rakyat dan negara tidak dapat disangsikan malah kita seharusnya berbangga dengan YAB PM yang begitu perihatin dengan mangsa mangsa banjir.

Rakyat perlu matang dan mengambil bahan berita yang sahih dan jangan mencedok apa sahaja bahan yang disalurkan kerana propaganda jahat sentiasa dilakukan pihak pihak tidak bertanggungjawap dalam menghasut dan menanam kebencian kepada kerajaan terutama YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak.

YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Melayu yang beragama Islam. Mangsa mangsa banjir pula terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Mana mungkin Najib Razak mahu melupakan saudara seagama dan sebangsanya pada waktu ini. Najib Razak akan bantu habis habisan dalam memastikan mangsa mangsa banjir mendapat bantuan dan sokongan yang sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.

Wan Muhammad Azri
Presiden Malaysia Bumiputera Brotherhood

Monday, 15 December 2014

AKU, PERKASA & UMNO





Saya merupakan ahli awal pertubuhan Peribumi Perkasa dengan memegang no keahlian 000381. Pertubuhan pertama yang saya sertai dalam sejarah hidup saya. Saya mendaftarkan diri menyertai PERKASA pada perhimpunan Agung yang pertama yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB Jalan Bangsar pada 22 Mac tahun 2009. Suasana pada waktu itu cukup mengkagumkan saya kerana itulah kali pertama saya hadir dalam majlis perhimpunan orang orang Melayu dan cukup bersemangat untuk bersama-sama dengan Melayu yang lain dalam agenda memartabatkan Agama Bangsa dan Negara.

Saya melihat waktu itu PERKASA merupakan satu platform yang amat baik untuk memberikan kesedaran kepada orang orang Melayu tentang agenda Chauvenist yang mahu menyingkirkan Melayu sebagai kuasa utama di Malaysia. Malah PERKASA pada waktu itu turut mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan beberapa pimpinan yang berpengaruh dalam menyatukan orang orang Melayu. NGO PERKASA diawal penubuhannya mendapat sokongan dari pelbagai peringkat dan ramai yang mengalu alukan kewujudan NGO PERKASA ini.

Kewujudan PERKASA adalah satu keperluan yang relevan dan amat membantu dalam menyatupadukan Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak.

Saya dilantik sebagai Exco Wira PERKASA Malaysia yang pada waktu itu diketuai oleh saudara Armand yang kini merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Kedudukan saya sebagai Exco Wira Perkasa menjadikan saya banyak membantu NGO PERKASA dalam bermacam macam program yang diadakan dengan niat untuk menyatukan Islam, Melayu di Malaysia ini. Gerak kerja kami ahli PERKASA bertungkus lumus dalam penyebaran maklumat tentang NGO PERKASA kepada lebih ramai Melayu yang sayang pada agenda perjuangan memartabatkan Agama dan Bangsa.

Satu persatu pekara menjadi menarik perhatian saya apabila mengikuti program program dan gerak kerja PERKASA.  saya melihat seakan ada matlamat lain dan agenda tertentu yang membelengu individu individu dalam PERKASA. Hari demi hari dilihat PERKASA sudah seakan lari dari matlamat perjuangan yang sebenar apabila menfokuskan kepada menyaingi UMNO sebuah parti politik Melayu berbanding menfokuskan kepada menyatukan Melayu.

Selepas pemilihan UMNO pada tahun 2009, ramai calon calon Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan mereka yang bertanding kalah dibahagian telah menjadi ahli PERKASA. Malah mereka yang berpengaruh dibahagian ini diberikan tempat dalam PERKASA sebagai Ketua disetiap bahagian. Malah ada juga mereka yang berjawatan didalam bahagian UMNO memegang jawatan didalam PERKASA. Bekas Yang Berhormat yang tidak dicalonkan pada PRU2008 juga menyertai PERKASA.

Sama ada PERKASA tahu ataupun tidak, fenomena tersebut merupakan satu barah yang telah memesongkan perjuangan PERKASA. Ini kerana mereka yang kalah dibahagian itu menyertai PERKASA adalah kerana mahu hidup dalam karier politik dan mahu terus mendapat sokongan dari akar umbi. PERKASA dijadikan platform batu loncatan untuk meraih kembali sokongan yang telah pudar bagi sesetengah mereka yang berjawatan di bahagian bahagian seluruh Malaysia. Terdesaknya PERKASA pada waktu itu yang mahu menjadi NGO Melayu terbesar telah menerima kemasukkan mereka ini dan memberikan pula kedudukan jawatan PERKASA dan ditempatkan dibahagian bahagian.

Saya pada waktu itu bukanlah ahli UMNO, tetapi perjuangan saya adalah mahu umat Islam Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak bersatu. Dengan tiada penapisan yang dilakukan oleh PERKASA menjadikan saya ragu ragu adakah kewujudan PERKASA ini sebenarnya mahu mengambil alih fungsi parti UMNO? Saya sebagai ahli dan Exco Wira PERKASA pada waktu itu merasakan satu pekara yang akan merugikan Melayu apabila melihat beberapa tempat ketua Cabang PERKASA tidak sehaluan dengan Ketua UMNO bahagian malah berlumba lumba mencari publisiti.

Saya semakin hari semakin kurang mengikuti program program anjuran PERKASA. Saya merasakan keperluan untuk PERKASA melakukan rombakan disetiap bahagian bagi mengemaskini agenda perjuangan PERKASA agar tidak disalahguna oleh mereka yang kini memegang jawatan dibahagian bahagian PERKASA seluruh negara. PERKASA tepat landasan perjuangannya namun disalah guna oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.

Tidak dinafikan masih ramai didalam PERKASA ini benar benar bermatlamat untuk berjuang memartabatkan Agama Bangsa dan Negara. Ketua Wira PERKASA hari ini saudara Irwan Fahmi merupakan orang yang lantang dalam perjuangan. Beliau jauh lebih membawa agenda perjuangan berbanding Ketua Wira PERKASA terdahulu. Beberapa rakan lain dalam PERKASA juga begitu utuh dalam agenda perjuangan melalui NGO PERKASA. Mereka ini tidak berhalusinasi untuk berpolitik ataupun menggantikan UMNO ataupun mahu melobi untuk menjadi calon pada pilihanraya. Perjuangan mereka tulen dan tetap pada agenda asal penubuhan PERKASA.

UMNO merupakan sebuah parti politik, PERKASA merupakan sebuah pertubuhan bukan politik. Namun kedua dua membawa agenda yang sama iaitu memartabatkan Agama Bangsa dan Negara. Kerjasama yang seharusnya UMNO dan PERKASA lakukan dan bukannya sengketa yang perlu diwujudkan. Saya masih lagi ahli PERKASA dan saya juga merupakan ahli UMNO. Saya mahu Melayu bersatu dan menjadi harapan saya agar UMNO menerima baik PERKASA sebagai NGO yang membantu dan begitu juga PERKASA yang saya harapkan dapat membantu UMNO dan bukannya mahu menggantikan UMNO.

Saya menjadi ahli UMNO pada tanggal 5/9/2013. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali sepertimana yang berlaku pada tahun 1988 apabila Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan gara-gara pertelagahan antara dua tokoh besar Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh sehingga menyebabkan Melayu berpecah dek kerana perebutan kuasa politik. Sejarah lalu seharusnya menjadi pengajaran untuk kita semua kerana musuh kita hari ini adalah mereka chauvenist yang rakus mahukan kuasa dan juga sokongan dari Melayu liberal yang tidak punya roh perjuangan untuk membela bangsa sendiri sehingga sanggup menjadi barua kepada Chauvenist.

UMNO & PERKASA seharusnya berganding bahu. Jika kekuataan dapat disatukan maka saya yakin mereka Chauvenist akan sedar bahawa tanah Melayu ini adalah hak milik kita dan bukan milik mereka. Mudah mudahan juga PAS akan bersama sama UMNO dan PERKASA demi Agama Bangsa & Negara.

Saya meminjam kata kata Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein - 

"Adat bersaudara, saudara dirapatkan,

Adat bernegeri, negeri dimakmurkan, 

Adat beragama, agama didaulatkan, 

Adat berbangsa, kuasa bangsa dipertahankan."


Oleh : Wan Muhammad Azri
Presiden Malaysia Bumiputera Brotherhood

Hishammuddin Hussein Ajar Aku Erti Kesetiaan



Aku suka dengan kesetiaan, aku suka dengan pendiriaan yang cekal dan utuh. Jadi tidak mustahil bila aku sokong Dato Seri Hishammuddin kerana aku baca, aku kaji, aku belajar sejarah Hishammuddin. Aku ambil tahu sejarah Dato Onn, aku belajar sejarah Tun Hussein dan aku ambil tahu tentang perjuangan UMNO.

Hishammuddin punya kesetiaan yang tinggi pada parti keramat UMNO. Sejarah tahun 1999 cukup membuktikan apabila Hishammuddin memilih laluan yang menjadi cemuhan apabila mengikuti Tun Mahathir walaupun Anwar Ibrahim punya pengaruh yang besar waktu itu. 1999 kerana Hishammuddin memilih untuk meninggalkan Anwar Ibrahim dan beliau diberi gelaran "Siti Hishammuddin" oleh para pengikut setia Anwar Ibrahim yang pada waktu itu juga merupakan ahli UMNO.

Hishammuddin setia, setianya hingga hujung nyawa. Slogan "UMNO Dulu Kini & Selamanya" yang diberikan Hishammuddin mahu untuk kita setia dan utuh pendiriaan pada UMNO parti keramat.

#Brotherhood

Monday, 13 October 2014

Maki hamun Polis hanya didenda RM100.



Aku tertarik dengan berita 10 Oktober lalu yang mana 3 lelaki yang memaki hamun pihak Polis hanya didenda RM100 sahaja. Mungkin itulah nilai Polis apabila denda sedemikian dikenakan keatas mereka yang tidak menghormati tugas Polis.

Namun Aku yakin mesti ramai yang tak terfikir mengapa waktu kejadian Polis yang dimaki dan dicerca mereka yang biadap itu tidak mengambil tindakan balas dengan menyepak terajang mereka itu. Jika orang awam sudah pasti akan berlaku pergaduhan jika dimaki hamun dengan kata kata biadap dan lucah. Siapa boleh tahan bila dimaki oleh individu yang kita tidak kenal?

Aku imbau kembali pengalaman Aku sendiri selaku bekas anggota Polis.

"Polis kena tahan maki"

Itu hari pertama waktu Aku menjalani latihan di pusat latihan Ayer Hitam Pulapah Negeri Sembilan. Cikgu kawad kami pada waktu itu melakukan serangan mental bertubi tubi bagi melihat sejauh mana respon para rekrut sama ada melawan ataupun tidak. Pada waktu itu ada option yang diberikan iaitu minggu pertama, mana mana rekrut boleh menarik diri jika tidak tahan dengan asakkan dari Cikgu Kawad.

Hari pertama sewaktu melaporkan diri menyertai rekrut Polis kami diarahkan untuk berhimpun dengan bag pakaian masing masing. Aku ingat seorang Cikgu Kawad berpangkat Acting Koporal bernama Supardi.

"Kau orang semua ni tahu kenapa kau orang datang sini? Kau orang semua ni sebenarnya anak luar nikah. Sebab tu kau orang ada depan aku"

Tu ayat nya, kami rekrut adalah "Anak Luar Nikah". Sentap jiwa waktu itu dan pada masa itu Aku ada terfikir nak ke depan dan beri penumbuk kepada Cikgu Kawad bernama Supardi yang kurang ajar ni. Namun Aku mematikan niat apabila memikirkan kesusahan keluarga aku dikampung yang mengharapkan aku jadi insan yang baik dan berubah menjadi anak yang berguna pada keluarga.

Minggu pertama ibaratkan Neraka buat kami para rekrut kerana makian dan hinaan adalah hidangan makanan kami setiap hari. Macam macam serangan mental dilakukan oleh cikgu cikgu Kawad kami waktu itu.

Minggu pertama latihan ramai juga yang menarik diri dari terus mengikuti latihan. Kebanyakkanya adalah kaum Cina dan itu aku anggap satu kemanjaan kerana mungkin mereka tidak dapat menerima tekanan dari Cikgu Kawad. Tamat minggu pertama itu barulah Cikgu Kawad aku Koperal Roslan maklumkan pada platon kami bahawa latihan awal adalah untuk memastikan setiap pelatih Polis kuat dari segi mental kerana apabila menjalankan tugas kelak orang awam akan sentiasa melakukan provokasi kepada pihak Polis. Jadi dengan latihan awal ini akan membantu para pelatih bertugas dilapangan kelak berhadapan dengan bermacam macam jenis ragam orang awam.

Jadi apa yang aku kongsikan ini adalah untuk makluman semua bahawa untuk menjadi anggota Polis ni pekara pertama adalah "TAHAN MAKI". Sebab itulah, banyak kes yang maki hamun Polis tapi pihak Polis yang dimaki cukup tenang dan relax tanpa membalas. Ditambah lagi waktu ini semakin ramai rakyat yang bongkak dan merasakan diri mereka cukup besar sehingga sanggup memperlekehkan dan menghina tugas Polis termasuklah Chauvenist Communist yang melabelkan "Polis itu Anjing".

Hormati tugas Polis

Sunday, 7 September 2014

Najib tidak akan khianat Tun Abdul Razak


Penjelasan Akta Hasutan & Akta Harmoni

Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.

Akta Keharmonian Nasional adalah akta baru bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 . Pada 11 Julai 2012, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut dalam majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PICC) di Putrajaya.

Akta Keharmonian tidak di gazetkan lagi. Namun ianya akan memberi penekanan kepada memupuk semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Ia akan lebih bersifat spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana mana pihak yang mengunakan isu isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Akta Harmoni juga akan mengambil kira hasutan yang dibuat melalui media sosial memandangkan keadaan hari ini yang mana hasutan lebih kerap dilakukan oleh pengguna media sosial dan ini tidak ada pada akta hasutan sebelum ini yang merangkumi penyebaran Hasutan melalui media sosial.

Asas didalam akta Harmoni adalah memupuk semangat harmoni dan menolak fahaman ekstrem yang waktu ini menjadi jadi terutama melalui media sosial. Asas dalam Akta Harmoni tetap berpegang kepada 4 pekara utama yang tidak boleh disentuh dan dipertikaikan oleh mana mana pihak iaitu:

Agama Islam
Raja Berpelembagaan
Hak Bumiputera
Bahasa Kebangsaan.

Dan yang lebih jelas adalah Akta Hasutan masih lagi berkuatkuasa dan Akta Harmoni yang diumumkan YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak pada tahun 2012 belum lagi di GAZETKAN. Dan apabila akta Harmoni dikuatkuasakan kelak ianya lebih baik kerana mana mana hasutan yang dibuat sama ada di lapangan ataupun media sosial ianya tertakluk dibawah HASUTAN dan boleh dikenakan tindakan.

Mana mungkin Najib Razak mahu melonggarkan sebarang tindakan melampau dan ekstrem keatas Agama Islam, Raja Berpelembagaan, Hak Bumiputera dan Bahasa Kebangsaan. Apa yang dibuat adalah mengikut apa yang perlu dilakukan demi keamanan Malaysia dan ini merupakan tanggungjawap YAB PM Dato Seri Najib Razak bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

Kita sebagai rakyat terutama penyokong kerajaan tidak perlu untuk melompat dengan permainan pihak pembangkang dalam pekara ini. Kita seharusnya bersama dibelakang Dato Seri Najib pemimpin kita bagi memastikan mereka yang menghasut dan mempertikai Agama Islam, Raja Berpelembagaan, Hak Bumiputera dan Bahasa Kebangsaan dikenakan tindakan undang undang yang lebih wajar selaras dengan keadilan undang undang.

Sir Azri
Berdiri Teguh bersama kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak

Monday, 1 September 2014

Apa salah unit amal PAS?

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri berkata, pelbagai laporan telah diterima beliau mengenai salah laku yang dilakakukan PPS termasuk mencemar Perlembagaan.

"Ada di kalangan PPS ini saya dapat laporan, mereka pukul orang, mereka melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan. Seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan,"

Kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan akan mengambil tindakan ke atas unit amal PAS sepertimana yang diambil ke atas PPS merupakan satu kenyataan yang tidak cerdik. Bagaimana seorang Menteri Dalam Negeri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian walhal sudah berpuluh tahun unit amal PAS wujud sejak tahun 1991 dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa terutama PDRM.

Apa salah unit amal PAS yang dilakukan mereka? Kenapa baru sekarang dimaklumkan unit amal PAS akan diambil tindakan? Kenapa tidak dulu lagi? 23 tahun unit amal PAS ditubuhkan kenapa baru sekarang mahu diambil tindakan?

Unit amal PAS tidak menggantikan kerja pihak Polis. Unit amal PAS melakukan kerja kerja parti dan ianya hanya menfokuskan kepada keselamatan pemimpin dan ahli parti PAS. Ini cukup berbeza dengan PPS yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng. PPS ditubuhkan bagi mengambil alih tugas Polis malah menteri KDN sendiri memaklumkan bahawa Lim Guan Eng ketua Menteri Pulau Pinang sendiri pernah memohon untuk ditubuhkan Polis Bantuan disetiap parlimen dalam negeri Pulau Pinang. Ekoran pihak PDRM tidak membenarkan Lim Guan Eng menubuhkan pasukan Polis bantuan maka PPS ditubuhkan.

Adakah unit amal PAS sama dengan PPS?

Unit amal PAS juga selama mana mereka wujud turut membantu pihak Polis terutama apabila program program parti yang dibuat. Ini merupakan satu pekara jelas bahawa kewujudan unit amal PAS bukan mengambil tugas Polis sebaliknya unit amal ini adalah pekerja parti yang menjaga parti.

Apakah kita ataupun menteri KDN sendiri pernah terserempak dengan unit amal PAS membawa kayu cota, rotan dan sejata lain meronda kawasan perumahan sepertimana yang PPS lakukan? Adakah menteri KDN pernah mendapat aduan ada dikalangan rakyat biasa telah diugut oleh unit amal PAS dipukul ataupun dicederakan oleh unit amal PAS ini?

Saya nasihatkan Menteri Dalam Negeri usah mengambil jalan populariti mudah dalam kenyataan terbarunya ini. PPS tidak boleh disamakan dengan unit amal PAS. Jangan kerana kenyataan yang tidak cerdik ini kerajaan Dato Seri Najib Razak menerima kesan yang lebih parah oleh pemimpin dan ahli PAS. Sudah terbukti PPS yang ditubuhkan Lim Guan Eng itu haram dan menyalahi undang undang, jangan pula dikaitkan dengan unit amal PAS yang baru sekarang dikatakan salah disisi undang undang.

Saya bukan mahu pertahankan unit amal PAS, namun dalam isu ini unit amal PAS tidak sama dengan PPS. Itu jelas dan perlu difahami dengan bijak oleh para pemimpin kerajaan.

Jangan kerana mahu populariti mudah, akhirnya kita sesama Melayu sendiri berbalah.

Sir Azri
Nelayan Moden

Tuesday, 26 August 2014

MCA sabotaj tak mengapa tetapi jika UMNO sabotaj pasti hukum gantung sampai mati.


Inilah realiti apa yang telah berlaku dalam kesepakatan komponen Barisan Nasional antara parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain parti. Jika ada ahli mahupun pemimpin UMNO melakukan kesalahan disiplin pastinya tindakan tatatertib diambil ke atas mereka ini. Malah jika ada yang terbukti melakukan sabotaj ianya akan digantung sampai mati.

Datuk Yew Teong Lock ketua bahagian MCA Wangsa Maju yang melakukan sabotaj ke atas Barisan Nasional pada PRU13 lalu sehingga ke hari ini tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional. Malah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat melindungi pengkhianatan yang dilakukan Yew Teong Lock ini.

Mengapa begitu double standard Barisan Nasional dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang mengkhianati Barisan Nasional? Mengapa jika ahli dan pemimpin UMNO maka tindakan diambil begitu cepat namun tidak kepada MCA? Adakah MCA mengetuai Barisan Nasional dan UMNO hanyalah orang suruhan MCA?

Disini saya lampirkan sedikit ahli ahli UMNO yang telah diambil tindakan gantung dan pecat oleh pucuk pimpinan:

Ahli UMNO Yang Digantung Dan Diambil Tindakan.

1.     Nama : Ab. Habi  Mustapha (Semporna), 6 September 2012
Kesalahan: melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, (sabotaj parti).
Hukuman: Didapati bersalah dan dipecat.

2.     Nama: Abdul Majid Palah (Semporna) 6 September 2012

Kesalahan: Melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, (sabotaj parti)
Hukuman: Didapati bersalah dan dipecat.

3.     Nama: Nisfu Palah, (Semporna) 6 September 2012
Kesalahan: Terlibat dengan kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca   Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno. (sabotaj parti)
Hukuman: Digantung tiga (3) tahun atau satu (1) Penggal Pemilihan.

4.     Nama: Datuk Abdul Rashid Abdullah (Pulau Pinang) Oct 1, 2013

Kesalahan: Didakwa belot dan mensabotaj parti pada masa PRU13.

Hukuman: digantung keahlian Umno dan terlucut kelayakan untuk bertanding jawatan ketua bahagian Nibong Tebal


Ini merupakan sedikit sahaja yang dipamerkan untuk tatapan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Sabotaj dan khianat parti merupakan satu kesalahan yang serius dan ramai ahli UMNO yang dikenakan tindakan PECAT @ GANTUNG jika didapati bersalah.



Jadi bagaimana pula dengan Yew Teong Lock ketua bahagian MCA Wangsa Maju? Sabotaj dan pengkhianatan yang dilakukan oleh MCA ini tidak dikenakan sebarang tindakan oleh Barisan Nasional mahupun MCA pusat itu sendiri

- Sir Azi

Monday, 25 August 2014

Apa lagi MCA mahu?



Sudah 15 bulan berlalu semenjak keputusan PRU13 pada tanggal 5/5/2013. Tarikh tersebut menjadi ingatan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi menjadi satu ingatan bersejarah buatm kami para pengundi di Parlimen Wangsa Maju. Tarikh yang tidak akan kami lupakan melihat gelagat pengundi pengundi Cina yang berkampung di pusat pusat pembuangan undi meraikan kemenangan PKR sejak jam 3 petang lagi.

YAB Perdana Menteri sejurus keputusan PRU13 yang lalu membuat kenyataan bahawa keputusan PRU13 adalah disebabkan oleh faktor "Tsunami Cina" malah YAB PM sendiri setuju akhbar Utusan Malaysia memberikan satu kenyataan tegas kepada para pengundi Cina dengan mengeluarkan terbitan "Apa lagi Cina mahu". Kenyataan YAB PM ini sememangnya merupakan satu pekara yang benar dan dibuktikan dengan angka dan fakta sahih melalui keputusan peti undi Dun dan Parlimen seluruh Malaysia.

Tsunami oleh pengundi Cina pada PRU13 lalu bukan sahaja berlaku di Parlimen Wangsa Maju malah ianya telah meliputi seluruh Dun mahupun Parlimen dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tsunami Cina yang menyebabkan banyak kerusi BN hilang dan ada juga kerusi Dun dan Parlimen yang BN hanya bersandarkan kepada kemenangan tipis.

BN diwakili oleh tiga parti utama iaitu UMNO mewakili Melayu Bumiputera, MCA mewakili masyarakat Cina dan MIC mewakili kaum India. PRU13 membuktikan bahawa UMNO dan MIC berjaya membawa pengundi menyokong Barisan Nasional namun tidak kepada MCA yang telah gagal membantu komponen BN. Lebih parah lagi apabila ahli ahli malah pemimpin MCA itu sendiri menyokong pembangkang dan ada juga yang melakukan sabotaj kepada Barisan Nasional.

Kita tahu agenda pengundi Cina pada PRU13 yang lalu. Malah YAB PM dan kepimpinan Barisan Nasional juga tahu apa yang mereka pengundi Cina mahukan pada PRU yang lalu. Kita boleh faham matlamat pengundi Cina dan kita juga boleh nampak ahli ahli MCA yang turut sama merealisasikan Tsunami Cina. Cuma yang kita tidak boleh terima apabila "SABOTAJ" secara terang terangan yang dilakukan oleh pemimpin MCA kepada Barisan Nasional pada PRU13 lalu tidak diambil apa apa tindakan oleh pucuk pimpinan BN.

Parlimen Wangsa Maju telah menyaksikan sabotaj secara terang terangan oleh ketua bahagian MCA Datuk Yew Teong Lock. Suara MCA Wangsa Maju yang begitu lantang menghasut para pengundi menolak Barisan Nasional setiap minggu keluar diakhbar akhbar tempatan terutama surat khabar Cina. Tidak cukup dengan itu MCA Wangsa Maju melalui Yew Teong Lock membuat siri program ceramah menghasut pengundi Cina untuk menolak calon Barisan Nasional yang diwakili UMNO. Serangan secara terbuka MCA Wangsa Maju tersebut telah membantu parti lawan iaitu PKR menang di Parlimen Wangsa Maju. Kerana sabotaj dari MCA Wangsa Maju itu juga PKR tidak perlu berkempen memandangkan MCA sudah berkempen secara percuma membantu kemenangan calon PKR.

Ini realiti yang berlaku di Parlimen Wangsa Maju, ini hakikat sebenar yang pucuk pimpinan Barisan Nasional harus tahu dan sedar. Mandat yang diputuskan oleh YAB Dato Seri Najib Razak dengan meletakkan calon Barisan Nasional dari parti UMNO bagi kerusi parlimen Wangsa Maju telah dikhianati oleh rakan komponen Barisan Naisonal itu sendiri. MCA yang seharusnya akur dengan keputusan YAB PM telah memperlekehkan keputusan YAB PM dan boleh katakan yang Najib Razak ditikam oleh MCA rakan komponen sendiri.

Selepas tamat PRU13 dengan kekalahan perit Barisan Nasional Wangsa Maju, UMNO terus menabur bakti menjalankan tugas yang diamanatkan oleh YAB PM. Segala arahan dari kerajaan pusat dalam membantu rakyat terus dilaksanakan sehingga ke hari ini. MIC dan beberapa rakan komponen yang lain kembali aktif membantu UMNO Wangsa Maju namun tidak kepada MCA Wangsa Maju yang dipimpin oleh Yew Teong Lock. Sabotaj yang dilakukan berterusan sehingga lah kepada penggagihan BR1M yang mana MCA Wangsa Maju melalui akhbar akhbar Cina mempertikai amanat yang diberikan oleh YAB PM kepada UMNO Wangsa Maju.

UMNO Wangsa Maju sehingga ke saat ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk ataupun membidas MCA Wangsa Maju mahupun Ketua nya Yew Teong Lock. UMNO melakukan aduan melalui saluran yang disediakan oleh Barisan Nasional dan begitu tertib dengan amanat serta amanah yang terpikul menghormati pucuk pimpinan. Malah sehingga ke hari ini UMNO Wangsa Maju terus berkhidmat untuk rakyat di Parlimen Wangsa Maju. Namun sikap Yew Teong Lock MCA Wangsa Maju semakin hari semakin keterlaluan.

Pada 24 Ogos 2014 melalui kenyataan akhbar Presiden MCA Datuk Seri Tiong Lai mengeluarkan kenyataan bahawa Kerusi Parlimen Wangsa Maju perlu diserahkan kepada Yew Teong Lock MCA Wangsa Maju. Kenyataan tersebut saya rujuk :

"KUALA LUMPUR: MCA wants to claim back the Wangsa Maju parliamentary constituency, which was loaned to Umno in the 13th general election last year, said its president Datuk Seri Liow Tiong Lai. He supported the call by Federal Territory MCA chairman Datuk Yew Teong Look for the party to take back the seat at the Federal Territory MCA annual convention here yesterday. He said once the constituency has been returned, the party would not loan it out any more. Yew is the former MP of Wangsa Maju. He lost the constituency in the 2008 general election." - The Star

Satu lagi kenyataan angkuh dan mengugut YAB PM agar parlimen Wangsa Maju diberikan kepada MCA. Satu lagi pekara yang jelas memperlekehkan YAB PM seolah olah YAB PM adalah orang suruhan mereka dan patut akur dengan apa sahaja kehendak dari MCA.

Sabotaj yang dilakukan oleh Ketua Bahagian MCA Wangsa Maju Datuk Yew Teong Lock pada PRU13 sehingga ke hari ini tidak diambil apa apa tindakan oleh MCA pusat. Malah Yew Teong Lock individu yang melakukan sabotaj kepada Barisan Nasional pada PRU13 lalu diangkat oleh MCA pusat menjadi Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan.

Barisan Nasional sendiri juga tidak mengambil tindakan ke atas pengkhianatan yang dilakukan Yew Teong Lock. Surat aduan dan bukti pengkhianatan jugak telah diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional dan 15 bulan berlalu namun tidak ada apa apa tindakan diambil sebaliknya Yew Teong Lock MCA terus melakukan sabotaj dan ugutan kepada YAB PM.

Apa lagi MCA mahu?

Wan Muhammad Azri
Ahli UMNO Wangsa Maju

Friday, 22 August 2014

Institusi Raja Raja Melayu dalam Bahaya


Ada yang minta dun Selangor dibubarkan dan pilihanraya negeri Selangor dibuat. Saya juga pada awal berpendapat sebegitu memandangkan kemelut kerajaan di Selangor membuatkan rakyat menjadi mangsa. Namun apabila saya mendengar cakap cakap ramai dikalangan pemimpin UMNO di Selangor sendiri bahawa BN belum tentu menang jika PRN Selangor diadakan maka adalah wajar untuk tidak perlu di bubar Dun Selangor.

Tuanku Sultan Selangor boleh untuk perkenan bagi membubarkan Dun Selangor dan sudah pasti tekanan akan diberikan terhadap keputusan Tuanku Sultan Selangor oleh pakatan Rakyat dan penyokong mereka. Kempen mereka pastinya lebih ekstrem jika Dun Selangor dibubarkan dan ini akan menjadi sekali lagi titik sejarah penghinaan kepada istitusi diraja.

Saya juga yakin Anwar sudah merangka segala kemungkinan yang berlaku dan mereka pihak Anwar sememangnya mahu Dun Selangor dibubarkan dan PRN Negeri diadakan kerana mereka tahu BN tidak akan menang dan menjadi kerajaan Selangor. Pakatan Rakyat akan menang sekali lagi dan jika ini berlaku sudah pasti Tuanku Sultan Selangor akan ditekan begitu hebat sama sekali yang seterusnya mengakibatkan satu lagi tragedi penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor oleh rakyat seperti mana yang berlaku sebelum ini di negeri Perak.

Saya difahamkan Tuanku Sultan boleh untuk :
1) Perkenan Wan Azizah MB Selangor
2) Memilih Adun lain dari Pakatan untuk menjadi MB
3) Membubarkan Dun Selangor

1)  Perkenan Wan Azizah MB Selangor - jalan yang terbaik bagi tidak mengheret Istana ke dalam kancah politik dan tidak menyebabkan istitusi Diraja di perlekeh dan dihina. Malah Wan Azizah layak kerana merupakan Adun yang sah serta mendapat sokongan majoriti Adun di Selangor.

2) Memilih Adun lain dari Pakatan untuk menjadi MB - Ini boleh dilakukan Tuanku Sultan sebagai contoh Tuanku titah Azmin Ali menjadi MB Selangor namun jika Azmin Ali menolak titah Tuanku Sultan dan ini pastinya akan memberikan impak negatif kepada Tuanku Sultan Selangor.

3) Membubarkan Dun Selangor - Ini yang Anwar Ibrahim mahukan sebelum dia dimasukkan ke dalam penjara dan kempen PR akan menjadikan Tuanku Sultan sebagai sasaran dan mengaitkan UMNO sebagai Tok dalang. Hasutan akan dilakukan oleh pemimpin PR untuk terus menghina Intitusi Diraja.

Walaupun kita sering memperlekehkan Anwar namun secara jujur saya melihat Anwar mempunyai matlamat jangka masa yang panjang dalam memastikan Anwar menjadi Presiden Malaysia. Saya katakan PRESIDEN kerana apa yang dilakukan Anwar ini adalah untuk menggugat istitusi Diraja dan menarik rakyat menentang Istitusi Diraja di Malaysia. Ini perlu dilakukan bagi memastikan rakyat semakin hari semakin membenci pihak Istana.

Apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar merupakan satu plan untuk jangka masa panjang dan dengan meletakkan Wan Azizah MB Selangor sudah pasti dapat menarik pengundi dikalangan kaum wanita. Dan membangkitkan semangat kaum Wanita untuk merebut jawatan yang ada. Sasaran ini dimulakan di Selangor dengan perlantikkan Wan Azizah MB Selangor dan PRU14 jika Pakatan Rakyat menang maka Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri dan Anwar akan dibebaskan dari penjara.

Skrip yang sama akan berulang yang mana akan ada MP PKR meletakkan jawatan dan Anwar setelah habis edah setelah keluar penjara akan bertanding dan menang seterusnya dipilih menjadi Perdana Menteri. Dan saya yakin Anwar dengan kekuasaan nya sebagai Perdana Menteri pada waktu itu akan menukar corak pentadbiran di Malaysia dan saya juga yakin Anwar akan menghapuskan sistem beraja dan menjadikan dirinya sebagai PRESIDEN MALAYSIA.

Pada waktu itu saya rasa anda semua boleh fikirkan apa yang bakal berlaku dan apa yang akan terjadi dengan negara Malaysia. Malah anda juga pastinya akan dapat melihat bagaimana kuasa asing dunia akan berpusu pusu membantu Anwar dalam mengekalkan kedudukannya selaku PRESIDEN MALAYSIA.

 



Ini merupakan pendapat peribadi saya dan tidak mewakili mana mana parti. Saya nyatakan disini adalah kerana melihat kembali sejarah dan karier Anwar didalam politik Malaysia serta kerakusan nya dalam merebut tempat, memegang jawatan dan kedudukan di dalam UMNO.

Anwar bermula dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kemudiannya dibawa masuk oleh Tun Dr Mahathir yang pada waktu itu merupakan Presiden UMNO. Sebelum Tun Dr Mahathir menjemput Anwar ke dalam UMNO, parti PAS terlebih dahulu menawarkan Anwar jawatan dan kedudukan di dalam PAS. Namun ianya di tolak oleh Anwar sebaliknya mengikut Tun Dr Mahathir dan masuk ke parti UMNO pada tahun 1983 (tarikh kelahiran saya)

Semenjak itulah berkembangnya pengaruh Anwar dan kedudukannya. 1983 bagaikan menaiki lif untuk menduduki jawatan di dalam UMNO dan kerajaan dalam tempoh 16 tahun sahaja Anwar berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO. Banyak pemimpin UMNO yang darah mereka UMNO sejak lahir dicantas satu demi satu oleh Anwar. Anwar Ibrahim pada waktu itu merupakan anak emas kepada Tun Dr Mahathir dan Kerakusannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah tidak dapat dibendung lagi.

Musibat menimpa Anwar apabila dipecat dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Walaupun Anwar sudah merengkok di dalam penjara kerana kesalahan SALAH GUNA KUASA & RASUAH pada tahun 1998 namun impian dan matlamatnya untuk menjadi pemimpin no 1 Malaysia tidak pernah terpadam. Malah kini Anwar bercita lebih tinggi iaitu bukan Perdana Menteri tetapi Presiden Malaysia kedudukan no 1 yang terulung dalam negara.

Anwar hebat, dia hebat bercakap, dia hebat berpolitik, dia hebat meliwat dan dia juga hebat serba serbi. Ini Dajal yang wujud di Malaysia hari ini dengan terus mengucar kacirkan negara demi kepentingan peribadinya semata mata.

Sir Azri
Nelayan tak makan subsidi

Monday, 18 August 2014

Tun Dr Mahathir & Dato Seri Najib Razak terima maklumat yang tidak tepat.


Saya mengambil berat teguran Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri ke atas Dato Seri Najib Tun Razak. Teguran terbuka yang dibuat hari ini melalui blog Che Det memanaskan suasana politik tanah air apatah lagi dengan kemelut isu perbalahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Saya melihat teguran oleh Tun Dr Mahathir ini adalah kerana salah maklumat yang beliau terima. Apa yang Tun Dr Mahathir nyatakan adalah satu kesilapan maklumat yang mana saya yakin ada pihak pihak yang tidak memaklumkan pekara sebenar kepada mantan Perdana Menteri itu. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada pentadbiran Najib Razak yang mana beliau juga tidak menerima laporan yang benar dalam pentadbiran beliau, dan isu ini pada pendapat saya adalah satu masaalah "Perhubungan" yang serius dihadapi mantan PM Tun Dr Mahathir dan PM Dato Seri Najib Tun Razak ditambah pula dengan pihak ketiga yang sedang cuba melaga lagakan dua individu penting negara.

Kegilaan pihak pihak yang mahu mengeruhkan hubungan Tun Dr Mahathir & Dato Seri Najib Razak sudah acap kali berlaku yang mana banyak cerita cerita dari penglipur lara mengatakan Tun M dan Najib tidak sehaluan. Ini semuanya adalah satu perpsepsi yang dimainkan oleh musuh dari luar dan juga musuh dalam selimut dalam memastikan kerajaan BN yang ada hari ini menjadi lemah dan seterusnya menyalahkan Dato Seri Najib Tun Razak.

Saya memohon kepada mereka yang berada berdekatan dengan Tun Dr Mahathir menyampaikan pekara yang sebenar dan begitu juga dengan mereka yang berhampiran dengan Dato Seri Najib untuk menyampaikan pekara yang sebenar. Saya yakin jika kedua dua diberikan fakta dan cerita sebenar maka tidak ada permasaalahan yang timbul seperti mana yang berlaku hari ini.




Buat mereka yang mengadu domba dengan menyebarkan berita dan cerita yang tidak tepat kepada Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Najib Razak, saya mohon untuk tidak meneruskan propaganda jijik ini. Dalam keadaan senario politik hari ini seharusnya kita bersatu hati menyedarkan rakyat Malaysia akan kebaikan dan manfaat bersama kerajaan Barisan Nasional berbanding Pakatan Pembangkang.

Kemelut Pakatan Rakyat PAS, DAP dan PKR yang berbalah sesama mereka yang mahu menempatkan Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa pakatan Pembangkang parti yang tidak ikhlas menjaga rakyat dan ini yang perlu kita maklumkan kepada rakyat agar mereka sedar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sama ada di waktu pentadbiran Tun Dr Mahathir mahupun Dato Seri Najib Razak mengutamakan Rakyat dan bukannya meletakkan keroni seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim meletakkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Tun Dr Mahathir perlu di berikan maklumat yang benar akan gerak kerja Dato Seri Najib Tun Razak manakala Dato Seri Najib Tun Razak pula harus diberikan cerita yang benar dari pegawai pegawai di PMO, pemimpin kerajaan, UMNO, BN dan rangkaian sahabat yang ada. Kita seharusnya terus merapatkan hubungan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan PM hari ini Dato Seri Najib Tun Razak dan bukannya menjadi agen kepada perpecahan mereka berdua ini.

Saya bercakap atas kapasiti sebagai ahli UMNO yang tidak mahu perpecahan berlaku diwaktu kita memerlukan perpaduan untuk terus mempertahankan Agama Bangsa dan Negara

-Sir Azri (AJK Bahagian UMNO Wangsa Maju)

Saturday, 16 August 2014

Anwar Ibrahim gunakan Sulaiman Abdullah tangguh kes mahkamah




Dulu Sulaiman Abdullah menarik diri dari mewakili Anwar Ibrahim dengan memberikan alasan bahawa beliau menghidap Buasir. Kini Sulaiman Abdullah memberikan alasan sakit lutut bagi menangguhkan kes liwat Anwar Ibrahim yang mana mahkamah rayuan telah memutuskan Anwar Ibrahim bersalah meliwat Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.

Thursday, 14 August 2014

Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar Ibrahim




Individu yang didakwa sebagai penulis blog kontroversi www.papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kini sedang berdepan dengan saman bernilai RM850 Ribu dilihat tampil di Istana Kehakiman di sini tanpa diiringi peguam bagi menyerahkan beberapa afidavit tambahan dan usul dokumen sokongan.

Wan Muhammad Azri yang kemudiannya ditemui Rakyat News  berkata, walaupun tidak diwakili peguam kerana faktor kewangan tetapi beliau tetap mahu menyelesaikan kes terbabit dengan merayu ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi bagi menegakkan kebenaran selain membuktikan kepada rakyat Malaysia identiti sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya mengharapkan agar Anwar tidak bersikap berdolak dalik di dalam kes (rayuan) ini dan saya sendiri berharap kes dapat diselesaikan segera kerana rakyat tentu mempunyai perasaan ingin tahu tentang apa perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar.

"Di atas faktor kewangan yang saya tidak ada, jadi saya rasakan lebih sesuai untuk saya mewakili diri saya sendiri untuk menentang Anwar serta barisan peguamnya," katanya di Perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Wan Muhammad Azri menjelaskan, beliau telah memberikan segala bukti kepada pihak mahkamah untuk dinilai dan mengharapkan mahkamah akan membuat penghakiman yang wajar berdasarkan bukti-bukti yang sedia ada.

"Saya telah memberikan yang terbaik kepada pihak mahkamah untuk menilai segala keterangan dan bukti-bukti saya, untuk membandingkan dengan dengan pihak plaintif (Anwar).

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan  Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan mengarahkan defendan membayar ganti rugi kos sebanyak RM50,000.



Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin membawa kes tersebut ke mahkamah rayuan pada 20 Jun lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop dikamarnya dan menetapkan kos sebanyak RM5,000.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memfailkan saman bernilai RM50 Juta terhadap ketua pembangkang itu berhubung kes liwat, beliau menyifatkan ia merupakan tindakan yang tepat oleh mangsa liwat Anwar itu yang sebelum ini difitnah dan menerima pelbagai tohmahan.

"Anwar sendiri telah menarik saman beliau terhadap Saiful pada 2013, jadi tindakan saman oleh Saiful pada hari ini jelas menunjukkan bahawa Saiful telah menjadi mangsa fitnah dan tohmahan oleh pihak Anwar," ujarnya. - Rakyat News

Rakyat vs Dajal

Sunday, 10 August 2014

Projek Loji Air Langat 2 Punca Khalid Ibrahim Disingkirkan

Khalid Ibrahim dipecat dan mahu digantikan dengan Wan Azizah isteri kepada DSAI. Adakah anda semua tahu mengapa kemelut ini berlaku dan apakah puncanya?

Pekara utama yang membuatkan Khalid Ibrahim mahu disingkirkan PKR adalah kerana kuasa meluluskan Projek yang dipegang oleh Menteri Besar Selangor. Hal ini telah mengundang perasaan tidak puas hati ramai Adun dan ahli PKR Selangor kerana masing masing mengejar projek milik sendiri mahupun keroni mereka sedangkan Khalid Ibrahim turut bersaing dengan mendahululan keroni keroni beliau.

Pekara ini menjadi tidak terkawal apabila Khalid Ibrahim secara terang terangan mahu syarikat yang beliau ada kepentingan dalam syarikat tersebut mendapat projek loji air langat dua. Hal ini menjadi dendam kepada pucuk pimpinan PKR kerana dalam masa yang sama pucuk pimpinan PKR juga melobi untuk projek Loji air langat dua dengan membuat black mail kepada kerajaan pusat.

Masing masing mahu merebut projek loji air langat dua. Masing masing berpolitik sehingga rakyat menjadi mangsa dengan ketiadaan bekalan air dan ini lah yang berlaku apabila akhirnya Khalid Ibrahim yang sebelum ini diarahkan oleh pucuk pimpinan PKR untuk tidak menandatangani projek air langat dua berubah arah dengan membuat perjanjian dengan kerajaan pusat Barisan Nasional. Tekanan yang diterima Khalid Ibrahim cukup tinggi kerana pucuk pimpinan PKR merasakan Khalid Ibrahim tamak merebut projek loji air langat dua hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Dengan perjanjian projek air langat dua ini maka projek tersebut dapat diteruskan dan akan menyelesaikan masaalah air buat penduduk Selangor dan Lembah Klang. Ini merupakan satu kerugian bagi pihak Pakatan Selangor terutamanya PKR kerana mereka sudah tidak boleh mempolitikkan isu air Selangor dan Lembah Klang selepas ini malah kehilangan satu projek mewah yang mampu membesarkan perut mereka.

Ada banyak lagi pekara yang membuatkan Khalid Ibrahim dipecat oleh PKR dan seterusnya hilang jawatan Menteri Besar Selangor. Namun isu Air merupakan satu isu yang paling utama kerana projek air langat dua bukan sekadar satu projek yang bernilai berbilion ringgit malah ianya boleh memberikan kelebihan kuasa politik kepada parti PKR jika perjanjian tidak dibuat Khalid Ibrahim.

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa PKR dan Pakatan Rakyat bukan mahu membela rakyat sebaliknya mereka hanya mahu mempergunakan rakyat demi kepentingan politik mereka semata mata. Lihat saja isu air Selangor yang jika terus dibiarkan maka rakyat yang mendapat kesan dari permainan politik jijik mereka.

Baik Khalid Ibrahim ataupun Wan Azizah ataupun mana mana pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat mereka semua sama yang masing masing sama sama korup dan lapar dengan wang dan kuasa.

Bersyukur kita masih lagi di tadbir Barisan Nasional dan dengan kemelut PKR ini saya yakin lebih ramai rakyat yang akan menyokong dan mengundi Barisan Nasional pada PRU14 akan datang. Amin....

- Sir Azri
Sent from my iPhone

Wednesday, 30 July 2014

Pengakuan bekas setiausaha politik Menteri Besar sahkan PKR rompak wang rakyat



Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

Sanusi eX Setpol Ust Azizan

Tuesday, 22 July 2014

Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Negara - Tun Abdul Hamid Mohamad




Berikut teks penuh ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.

Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak terjamin.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS senentiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”. Begitu prihatin PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam pada masa itu.

Semasa rundingan kemerdekaan juga, Parti Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata- kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Boroh? Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh degan mereka. Soalan: Tidakkah orang Melayu ternampak perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara?

Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).

Pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.

Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. Tunjukkan kepada saya sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Kecuali seketika di sekitar tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih? Mungkin itu “dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang mempercayainya.

Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.

Melihat keadaan itu, kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.

Sambil itu kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.

Pendekatan mereka adalah bersifat ugutan dan bisnes: jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya, mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan. Semua mesti diberi atas dasar merit. Mereka tahu mereka menguasai ekonomi dan berada di hadapan dalam bidang pelajaran. Mereka tinggal di bandar-bandar besar di mana terdapat semua kemudahan dan exposure. Apabila pemilihan cuma dibuat berdasarkan kelulusan akademik, merekalah yang akan membolotnya. Tak cukup dengan itu, mereka mahu UiTM juga dibuka kepada mereka!

Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, doa dibacakan oleh seorang Paderi Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?

Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu naif sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung.

Saya juga hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulama’ tidak nampak muslihat gereja Roman Katolik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam Bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran. Mereka merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di bumi Arab tanpa menganalisis berbezaannya. Kita perlu lihat isu itu dalam konteks Malaysia.

Hinggakan, apabila sami Buddha mengadakan upacara sembahyang di surau di sebuah hotel pun, ada “ilmuwan Syariah” yang mengatakan Rasul Allah pernah membenarkan orang Kristian bersembahyang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?

Kisah itu melibatkan ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid. Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahyang dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu, babi panggang pun akan dibawa masuk ke masjid, sebab di bulan hantu lapar “offering” kepada hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahyang mereka.

Mantan Mufti Pulau Pinang juga memberitahu saya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang sama. Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Pada waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memberi hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mungkin dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan agama Persekutuan. Tidakkah orang Islam berfikir?

Kumpulan ini sangat tidak puas hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat, membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian pusaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi mereka dengan besi dan lain-lain.

Mereka juga tidak puas hati dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu Bahasa mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke mana perginya “kontrak sosial”?

Ringkasnya mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu, baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?

Kumpulan itu menjadi lebih berani kerana:

1. Mereka telah melihat orang Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.

2. Mereka telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama dengan mereka.

3. Mereka telah berjaya memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan.

4. Ketiadaan tindakan terhadap mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.

5. Pemansuhan Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.

6. Persepsi rasuah di kalangan pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan mereka.

Pada masa yang sama, Kerajaan semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi mereka.

Saya boleh faham mengapa Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.

Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.” Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undang ia adalah sah.

Tetapi, saya dapati sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan dan kertas kerja saya bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia” yang boleh didapati dalam lman web saya.)

Saya faham bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.

Sekarang ISA telah “digantikan” dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.

Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).

Ertinya “terrorism” yang memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya, dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat perkembangannya.

Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan.

Sebaliknya, jika SOSMA dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.

Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

“…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.

Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.

Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu “rampasan” (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:
“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8.”

“Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8.” – (Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

“8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.”

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

“8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed.”

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulannya:

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.

2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.

4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).

6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.

8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.

9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.

10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat dikekalkan.
Sekian. terima kasih.
Tun Abdul Hamid Mohamad tunabdulhamid@gmail.com