Sir Azri Video

Sunday, 8 November 2015

#BebasAnwar - Aku juga bersimpati

Bila kita lihat wajah kesuraman isteri Dato Seri Anwar Ibrahim kita merasakan kasihan dan simpati kepada beliau dan anak anak. Benar Wan Azizah telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang beliau menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim.

Terkini Wan Azizah mengadakan kempen bebas Anwar yang mana meletakkan sel penjara dihadapan kediaman mereka bagi mengajak rakyat bersama sama menyertai kempen bebaskan Anwar Ibrahim.

Aku yang telah disaman oleh Anwar Ibrahim sendiri sebenarnya hati kecil ini juga turut terharu dan kasihan akan apa yang telah menimpa Anwar Ibrahim. Bohong jika aku sendiri tidak bersimpati kepada keluarga Anwar Ibrahim.

Tetapi apakan daya kerana semua musibat yang menimpa keluarga Anwar Ibrahim tidak akan berlaku jika Anwar Ibrahim sendiri tidak memilih jalan yang salah. Kasihan aku kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim lebih mendalam khususnya apabila pengalaman mangsa mangsa ini menceritakan kepada aku kisah yang mereka alami.

Aku sentiasa berharap agar satu hari nanti Anwar Ibrahim akan menyesali perbuatan yang dilakukan nya selama ini dan bertaubat serta insaf. InsyaAllah jika kita semua mendoakan agar Anwar Ibrahim kembali ke pangkal jalan maka tidak mustahil beliau akan bertaubat dan menginsafi perbuatan sumbang yang telah dilakukan selama ini.

Ameen....

Thursday, 30 April 2015

Tun Mahathir Perlu Tahu Bunga 3 Juta, Wang Rakyat, Kazakhstan, Najib & Rosmah



Saya rasa terpanggil untuk menjawap berita yang disebarkan ini kerana saya melihat YAB PM dan juga isteri serta keluarganya terus terusan dilemparkan fitnah jahat oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawap.

Cerita - Cerita yang disebarkan :

1) "Bunga  Majlis persandingan RM 3 juta"

Ini yang turut dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir bahawa kos bagi bunga dalam majlis persandingan anak YAB PM Najib Razak dan Rosmah Mansor berjumlah RM3 juta. Adalah tidak masuk akal  untuk menghabiskan RM3 juta bagi kos bunga sahaja dalam majlis persandingan anak PM. Malah dakwaan RM3 juta yang dihangatkan itu juga merupakan satu fitnah jahat dalam menghasut kebencian kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Sejak majlis tersebut hingga ke hari ini tidak ada langsung mana mana pihak yang tampil mengesahkan kos bunga RM3 juta. Malah Tun Mahathir sendiri juga menyatakan "entah benar atau tidak" yang mana menunjukkan Tun Mahathir juga sendiri tidak pasti kesahihan tersebut.

2) "Majlis Pernikahan anak YAB PM Najib Razak menggunakan Wang Rakyat"

Anak Najib Razak dan Rosmah Mansor adalah seorang perempuan bernama Nooryana Najwa manakala suaminya bernama Daniyar Kessikbayev  warganegara Kazakhstan.

Daniyar Kessikbayev adalah berugama Islam dan negara Kazakhstan adalah negara Islam sama seperti Malaysia yang merupakan negara Islam. Adat dalam pernikahan umat Islam sama dengan adat di Kazakhstan yang mana lelaki membayar mas kawin dan juga hantaran bagi majlis pernikahan serta persandingan.

Ambil contoh di Malaysia apabila seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki maka pihak lelaki akan menyediakan wang belanja dan segala yang telah dipersetujui oleh kedua dua belah pihak sebelum berlangsungnya majlis. Ambil contoh mudah:

Amran nak memperisterikan Bedah maka keluarga Bedah meminta pihak lelaki wang hantaran berjumlah RM10,000 bagi menguruskan majlis pernikahan dan persandingan. Pihak pengantin lelaki Amran setuju dan menyediakan wang hantaran bagi majlis yang akan berlangsung. Bagi keluarga Bedah setelah menerima wang hantaran maka dibuat sebaik mungkin mengikut belanja dan juga keputusan yang telah mereka kedua dua pihak persetujui.

Adakah pengantin perempuan yang mengeluarkan duit belanja bagi majlis pernikahan ini? Adakah kita di Malaysia lumrah nya pengantin perempuan yang keluar duit belanja kawin?

Begitulah juga dengan pernikahan anak Najib Razak & Rosmah Mansor yang mana segala perbelanjaan disediakan oleh pihak pengantin lelaki. Tidak ada langsung YAB PM sekeluarga menggunakan Wang Rakyat. Malah ianya ditanggung oleh pihak lelaki dan juga pihak pihak yang memberikan sponsor kepada kedua pasangan.

3) "PM buat majlis persandingan di Kazakhstan guna Wang Rakyat?"

Majlis pernikahan dibuat di Malaysia yang mana Nooryana Najwa anak kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Majlis persandingan dibuat oleh pihak perempuan dan menjadi lumrah mana mana sekalipun bahawa majlis akan bermula disebelah pihak perempuan. Sebagai contoh:

Bedah gadis dari Johor manakala Amran jejaka dari Kelantan. Majlis Bedah dibuat oleh pihak keluarga perempuan di negeri Johor dan selepas itu majlis disebelah pihak lelaki pula dibuat di negeri Kelantan. Segala wang perbelanjaan bagi majlis disebelah pihak lelaki dibiayai oleh keluarga pihak lelaki dan ini kebiasannya orang kita panggil "Majlis sambut menantu".

Dalam hal persandingan anak Najib Razak dan Rosmah Mansor majlis persandingan pihak lelaki dibuat di Kazakhstan yang mana merupakan tempat tinggal keluarga pengantin lelaki Daniyar Kessikbayev.  Segala kos perbelanjaan bagi majlis tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak lelaki.

Malah rombongan pihak pengantin perempuan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Almaty Kazakhstan juga ditanggung oleh keluarga sebelah pihak lelaki. Ada juga tetamu dari Malaysia yang hadir ke Kazakhstan menggunakan perbelanjaan sendiri menaiki pesawat Air Astana dan Malaysia Airlines. Tidak ada satu sen pun Wang Rakyat digunakan bagi majlis persandingan anak YAB PM di Kazakhstan kerana segala galanya ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki.

4) "PM Najib Razak dan Rosmah Mansor menari dalam majlis persandingan di Kazakhstan."

Ini budaya dan bukan sahaja di Kazakhstan malah di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Apabila majlis pihak lelaki dibuat di Kazakhstan maka majlis tersebut mengikut budaya Kazakhstan sendiri. Sebagai tetamu yang juga merupakan keluarga bagi pihak pengantin perempuan maka adalah tidak sopan dan beradap jika Najib Razak dan Rosmah Mansor ibu dan bapa pengantin perempuan mengendahkan jemputan menari keluarga pihak pengantin lelaki untuk bersama sama dalam majlis tersebut. Menghormati budaya dan adat merupakan satu pekara yang mana kita di Malaysia juga melakukannya apabila berada ditempat tempat lain.

Malah saya difahamkan bukan sahaja majlis tari menari tetapi Najib Razak dan Rosmah Mansor juga terpaksa meminum susu kuda & makan daging kuda bagi menghormati budaya dan adat negara Kazakhstan keluarga pihak pengantin lelaki.

5) "Kenapa anak Najib Razak & Rosmah Mansor kawin orang Kazakhstan?"

Kalau dah jodoh nak buat macam mana? Kena kalau dah jodoh Afrika kita pun tak tahu. Ni dah tertulis dan takdir menentukan maka berserahlah kepada Allah yang maha Esa. Siapa kita nak sekat kuasa Allah SWT? Takkan lah jodoh anak Najib Razak dan Rosmah Mansor dah dari Kazakhstan maka kita pula kata tak boleh? 😂

Saya harap penjelasan saya sedikit sebanyak ini dapat membantu memberikan penjelasan berhubung isu isu Fitnah dan rekayasa jahat yang sedang berlegar waktu ini bagi menanam kebencian kepada YAB PM Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor serta keluarganya. ✌️

Oh dan jangan lupa apa kata pengantin lelaki dan perempuan Anak Menantu YAB PM Najib Razak dan Rosmah Mansor ini apabila majlis mereka berlangsung tempoh hari :-

"Tetamu kenamaan (VIP) majlis perkahwinan anak perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak digalakkan menghadiahkan cenderahati berbentuk sumbangan wang kepada badan kebajikan dan pendidikan.

Nooryana Najwa Najib, 26, dan  Daniyar Kessikbayev, 27, memohon tetamu yang ingin berbuat demikian menyerahkan dana dalam bentuk cek atas nama satu daripada organisasi-organisasi yang disenaraikan.

1) Yayasan Orang Asli.

2) Yayasan Amal Malaysia, NGO yang beribu pejabat di Batu Caves, Selangor.

3) Maahad Tahfiz al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU),

4) Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan (Perkayatim).

5) Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong. 

Semoga kekal ke akhir hayat kedua mempelai Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev. Ameen

- Sir Azri
(Tak baik sebar fitnah anak orang kawin tau)


Sent from my iPhone

Saturday, 25 April 2015

Berapa Najib Bayar Aku?




Aku hanya mampu tersenyum apabila ada komen komen yang menyatakan bahawa YAB PM Dato Seri Najib Razak membayar aku bagi menyuarakan sokongan kepada beliau. Malah ada yang kata Aku didalam circle Pejabat Perdana Menteri memaksa aku untuk menyurakan sokongan kerana terpaksa. Mulut orang kita tak boleh sekat tetapi aku nak maklum bahawa aku menyokong YAB PM Dato Seri Najib Razak atas beberapa sebab.

ANWAR IBRAHIM
Sebab utama aku menyokong Najib Razak adalah kerana beliau tidak berkeromponi dengan manusia bernama Anwar Ibrahim. Kerana dalam kes liwat Anwar vs Saiful tindakan desperado Anwar yang mahu Najib Razak membebaskan dirinya dan bersedia menjadi orang suruhan Najib tidak dipandang atau dilayan oleh YAB PM. Najib Razak tidak campur tangan malah menyerahkan keadilan undang undang kepada Mahkamah. Hal ini boleh tanya kepada Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim kerana Saiful Bukhari sendiri goyah apabila cerita cerita sebelum keputusan mahkamah persekutuan yang mengambarkan bahawa Najib telah membantu Anwar Ibrahim. Akhirnya kita sendiri dapat lihat keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Anwar Ibrahim.

MELAYU PAS
Kedua adalah kerana keterbukaan Najib Razak dalam politik negara yang mahu Melayu bersatu. Sebab itu kita dapat lihat bagaimana tenang Najib Razak dalam membantu parti PAS walaupun pada masa yang sama dikalangan ahli partinya iaitu UMNO tidak bersetuju dengan tindakan Najib Razak membantu parti PAS khususnya PAS Kelantan. Walaupun dihina dan dicaci Najib Razak tidak memperdulikan semua itu sebaliknya terus menjalankan kewajipannya sebagai umat Islam dan Melayu membantu dari segenap sudut. Ada pekara pekara lain yang aku tak dapat nyatakan disini kerana ianya mungkin menjejaskan kerjasama yang dibuat antara Najib dan Hadi Awang.

EKONOMI RAKYAT
Ketiga adalah kerana komitmen Najib Razak dalam memastikan rakyat mendapat manfaat dari apa yang diperolehi kerajaan. Mungkin hal ini tidak dipersetujui oleh semua lapisan masyarakat tetapi apa yang dilakukan Najib Razak melalui BR1M, PR1MA,KR1M dan lain lain telah membantu rakyat secara tidak langsung yang mana sebelum ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Pendekatan Najib yang menfokuskan kepada sasaran rakyat telah menjadikan rakyat yang tergolong dalam kategori sederhana mendapat manfaat yang mana sebelum ini tidak memperolehinya.

KETELUSAN
Keempat adalah kerana ketelusan Najib Razak dalam sebarang isu yang timbul. Seperti dalam kes 1MDB beliau sendiri menyatakan dengan jelas bahawa ianya sedang diaudit dan apabila siap laporan tersebut maka akan dibentangkan didalam parlimen yang mana bukan sahaja ahli parlimen dapat melihatnya malah seluruh rakyat juga dapat melihat dan membuat penilaian hasil dari laporan audit negara. Dalam parlimen ada pihak pembangkang dan jika Najib Razak tidak telus beliau tidak akan berani untuk membentangkan laporan audit dihadapan ahli parlimen Pembangkang.

TIDAK EMOSI
Kelima adalah kerana ketenangan Najib Razak walaupun diasak dan diserang begitu hebat bukan sahaja pembangkang malah dikalangan ahli parti nya sendiri. Beliau tidak melatah dan tidak mengambil tindakan agresif membalas serangan yang dibuat. Lihat sahaja apabila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mengasak Najib Razak. Najib tenang dan terus menghormati Ayahnda Tun Mahathir dan tidak menyekat tindakan Tun Mahathir. Ini sendiri berbeza pada zaman Tun M yang mana sesiapa yang mengkritik beliau akan disekat dan jika tidak sehaluan akan dihumban ke dalam tahanan ISA.

Ini antara beberapa sebab aku menyokong kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib Razak. Aku anak Melayu dan aku tidak ingin melihat bangsaku dijajah oleh bangsa lain. Aku juga tidak mahu PRU14 Pembangkang menawan kerajaan kerana jika ianya berlaku sudah pasti yang berkuasa adalah parti DAP Chauvenist dan bukannya PAS @ PKR.

Aku harap penjelasan aku ini dapat memberikan sedikit sebanyak jawapan kepada semua bahawa aku bukan dibayar untuk menyokong Najib Razak tetapk aku dibukakan mata dan jiwa untuk melihat keseluruhan aspek dan bukan hanya pada 1 @ 2 pekara sahaja.

Akhirnya kita semua diseru bersatu baik parti politik mana sekalipun. UMNO & PAS & PKR jika Melayu kuat maka kuatlah bangsa kita.

Berikan masa untuk YAB PM Najib Razak mentadbir negara dengan segala yang ada kerana tidak mungkin Najib Razak akan MENGKHIANATI perjuangan arwah bapanya Tun Abdul Razak.

Saturday, 4 April 2015

Tun Mahathir "Melayu mudah lupa"





Tun Mahathir usah terus menghancurkan perpaduan Melayu. Cukuplah menghancurkan UMNO satu masa lalu dan menerajang perpaduan UMNO dan PAS. Jangan kini apabila usaha menyatukan Melayu kembali dibuat disepak terajang lagi dengan hasrat mahu UMNO hancur.

Ya, mungkin Tun kata UMNO perlu diselamatkan dengan menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Adakah itu yang Tun nampak jalan penyelesaiannya?

Jangan kata demi UMNO Tun lakukan semua ini kerana jika ianya demi UMNO sudah pasti UMNO tidak pernah diharamkan gara gara kerakusan dan perebutan Tun dan Tengku Razaleigh merebut jawatan.

Keroni keroni Tun kata Najib Razak melebihkan kaum Cina berbanding Melayu. Benar kah Najib melebihkan anak cina berbanding Melayu? Dasar siapa yang menjadikan Cina lebih kuat berbanding Melayu? Dasar siapa yang mengkayakan Cina cina yang ada hari ini? Dasar Najib?

Siapa yang lakukan persempadanan semula hingga menjadikan Cina sebagai kuasa penentu dalam parlimen dan Dun? Adakah Najib Razak yang melakukannya?

Ohhh Tun berbangga kata kerana persempadanan yang Tun lakukan itu lah Pak Lah menang besar pada pilihanraya 2004. Tun berbangga kerana BN menang besar hasil daripada persempadanan yang Tun lakukan memberikan kekuataan kepada pengundi Cina dan menjadikan pengundi Melayu terutama penyokong PAS dikepung.

Itu lah Tun, Tun benci pada PAS walaupun hakikatnya PAS adalah sebangsa dan seagama. Tun tidak mahu PAS kuat tetapi Tun mahu Cina kuat. Dan apabila kini Najib Razak bergelut untuk mendapatkan kembali majoriti yang hilang dari pentadbiran Pak Lah maka Tun kata pula Najib lebih gagal dari Pak Lah.

Tun patut sedar bahawa dengan sikap benci dan dendam Tun pada PAS sebenarnya telah menghancurkan perpaduan Melayu. Tun galak dan suka apabila Melayu berpecah dan sebab itu Tun mahu Najib berundur agar agenda Najib Razak yang menyambung peranan Pak Lah mahu UMNO dan PAS duduk semeja dalam isu Agama dan perpaduan Melayu tidak menjadi realiti.

Tun sering menjual bahasa basi dengan kata kata "Melayu mudah lupa", "Melayu itu dan ini walhal realitinya Tun sendiri benci pada perpaduan Melayu. Tun benci melihat pentadbiran Najib Razak yang ada hari ini menjalankan kerjasama dengan parti PAS.

Hentikanlah Tun mantan Perdana Menteri, saya tak nafikan jasa dan pengorbanan Tun dalam membangunkan negara tetapi saya juga tidak lupa kecelakaan yang telah Tun lakukan pada UMNO dan juga orang Melayu.

Tun sepatutnya muhasabah diri pada kata kata Tun bahawa yang mudah lupa itu adalah Tun sendiri.

Duduk berbincang dengan Najib Razak, Selama ini Tun anggap Najib anak Tun dan begitu juga Najib yang menggangap Tun bapa beliau. Hentikan cerita karut marut menyerang Najib Razak sedangkan Tun sendiri tahu situasi politik & negara hari ini yang mana adalah hasil daripada legasi 22 tahun Tun sendiri.

Bro Azri

Friday, 27 February 2015

Antara Fakta & Auta - Laporan Merdeka Centre Dakwa Populariti Najib Razak 44% Berbanding Banduan




Banduan kesalahan seks luar tabie Anwar Ibrahim yang dihukum penjara 5 tahun kerana meliwat pekerjanya semakin hari semakin hilang pengaruh. Fakta yang paling jelas dapat kita lihat apabila tidak sampai 20 orang yang hadir memegang lilin dihadapan penjara Sg Buloh seminggu setelah banduan ini dipenjarakan.

Melalui admin FB nya pula banduan peliwat ini mengeluarkan status yang dianggap lucu apabila menyatakan bahawa "Rakyat sudah hilang keyakinan kepada YAB PM Dato Seri Najib dan minta Najib Razak berundur".

Satu kenyataan yang dangkal oleh banduan ini melalui admin FB nya kerana seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim sendiri sudah hilang sokongan bukan sahaja rakyat Malaysia malah ahli PKR seluruh negara juga sudah menolak ketua umum mereka ini kerana jijik dengan kelakukan dan perangai Anwar Ibrahim.

Bukan itu sahaja, malah isteri banduan ini Wan Azizah sendiri bergelut untuk mempertahankan jawatannya selaku Presiden PKR apabila sudah banyak desakan daripada akar umbi yang mahukan Yb Azmin Ali mengambil alih jawatan tersebut dan minta Wan Azizah berundur pada persidangan PKR tahun ini.

Keluarga Anwar Ibrahim sebenarnya sedang dalam tertekan kerana tidak mendapat sokongan dari rakyat Malaysia. Ini telah dibuktikan sejak bermula kes liwat dibicarakan sehinggalah saat ini yang mana 99.9% rakyat Malaysia tidak mengambil peduli dengan seruan keluarga Anwar Ibrahim untuk mengajak rakyat turun ke jalanraya dan melawan kerajaan apatah lagi mahu terlibat dalam membebaskan Anwar Ibrahim.

Laporan Merdeka Centre yang menyatakan YAB PM Dato Seri Najib Razak hanya memperolehi 44% populariti dari rakyat adalah palsu kerana kita tahu Merdeka Centre merupakan budak suruhan keluarga Anwar Ibrahim dan 44% ini timbil waktu ini bagi mengalihkan isu sebenar bahawa Anwar Ibrahim hilang sokongan rakyat dan ahli PKR sendiri.

Saya mohon agar keluarga Anwar Ibrahim hentikan kerja kerja bodoh dan kurang cerdik sebegini kerana sedarlah bahawa zaman kegemilangan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mahupun ketua umum bagi PR sudah berlaku. Tidak usah pergi jauh lihat sendiri di Selangor apabila ahli PKR, DAP & PAS sudah berada dibelakang Azmin Ali menyuarakan sokongan bagi mengambil alih tampuk Presiden PKR dari Wan Azizah.

Hari ini bukan sewaktu 1998 kerana hari ini rakyat sudah kenal siapa Anwar Ibrahim yang sebenar dan rakyat sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penyumbahleweng seks dah Najib Razak Perdana Menteri yang berjiwa rakyat.

Moga keluarga Anwar Ibrahim sedar, jalan terbaik waktu ini adalah meminta Anwar Ibrahim bertaubat dan mengisafi perbuatan terkutuknya serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga mangsa mangsa yang diliwatnya selama ini.

Bro Azri
( Najib Razak 100% 👍 )

Wednesday, 11 February 2015

Anwar Penjara 5 Tahun, Keadilan Buat Saiful & Terima Kasih Najib Razak

Akhirnya keadilan buat Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim terbela. Mahkamah Persekutuan telah memberikan keadilan buat Saiful dengan menyabitkan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat pekerjanya. Ada sedikit rasa tidak puas hati pada saya kerana hukuman penjara bagi kesalahan meliwat ini hanya diberikan 5 tahun walhal sepatutnya hukuman lebih berat diberikan keatas pengamal seks luar tabie dan paling tidak 10 tahun penjara.

Apa sekalipun terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang TIDAK CAMPUR TANGAN dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini. Terima kasih kerana walaupun Najib Razak ditekan oleh pihak pihak tertentu untuk masuk campur dalam kes liwat ini beliau mengambil pendirian yang gentleman dengan tidak mencampuri urusan jenayah sebegini.

Tekanan yang datang kepada YAB PM bukan sahaja dari kalangan pembangkang untuk campur tangan dan membebaskan Anwar Ibrahim malah pihak dari negara luar juga memberikan TEKANAN berterusan mahu Anwar Ibrahim bebas dan keadilan buat mangsa liwat Saiful Bukhari dinafikan. Lebih teruk lagi apabila ada dikalangan kerajaan dan individu dalam UMNO yang turut cuba mahu Najib Razak masuk campur kes liwat ini dengan bertujuan kepentingan politik dan juga kawtim dengan Anwar Ibrahim agar dibebaskan.

Anwar Ibrahim sendiri juga banyak kali menimbulkan persepsi negatif kepada khalayak ramai yang mengambarkan seolah olah beliau akan bebas kerana ditolong YAB PM. Malah agen agen Anwar Ibrahim didalam UMNO sendiri bercakap pekara ini dari mulut ke mulut dari sebaran whatsapp ke whatsapp bahawa "Najib dah kawtim dengan Anwar".

Malah jika kita ingat waktu dimana YAB PM berada di Hawai dan bermain Golf bersama Barack Obama, ada mulut mulut sumbang yang menyebarkan berita bahawa "Obama arah Najib campur tangan dan bebaskan Anwar Ibrahim".

Sehari sebelum keputusan mahkamah Persekutuan juga terdapat banyak cerita cerita politik yang mana mengatakan "Najib deal dengan Anwar untuk memastikan Anwar bekerja dengan Najib dan menyerang Tun Daim dan Tun Mahathir".

Itulah dasyatnya propaganda yang dimainkan oleh pihak pembangkang dan juga pihak dari kerajaan iaitu UMNO sendiri dalam melemahkan pentadbiran dan peribadi YAB PM Najib Razak.

Realitinya walaupun diasak, ditawar, digugat dan menempuh bermacam macam asakan dari pihak pihak ini. YAB PM Dato Seri Najib Razak TIDAK CAMPUR TANGAN langsung dalam kes liwat antara Anwar Ibrahim dan pekerjanya Saiful Bukhari.

Hari ini kita dapat lihat, mereka khususnya pihak Pakatan Pembangkang menuduh YAB PM campur tangan dan berkonspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim. Hari ini kita dapat lihat mereka menyalahkan Najib Razak apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Inilah yang mereka Pakatan Pembangkang khususnya PKR amukkan. Kerana cubaan mereka melalui kuasa negara luar, desakan mereka dan juga agen agen mereka dalam UMNO yang sebelum ini meminta Najib Razak campur tangan dan bebaskan Anwar Ibrahim telah terbukti GAGAL dan membuktikan Najib Razak pemimpin yang mempunyai intergriti tinggi dan tidak mahu bersubahat dengan pesalah seks luar tabie apatah lagi mahu menafikan keadilan buat mangsa yang diliwat.

Saya harap agar hentikanlah persepsi negatif keatas YAB PM dan ingatlah bahawa kes liwat yang mana Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun adalah kes jenayah 377B Seks Luar Tabie antara Anwar Ibrahim majikan yang meliwat pekerjanya Saiful Bukhari.

Saya boleh ceritakan banyak lagi pekara pekara yang berlaku sepanjang kes liwat ini berlangsung selama 7 tahun. Dan itu semua saya akan kupas satu persatu dimasa mendatang. Hati hatilah parasit dan agen Anwar yang ada dalam UMNO dan Kerajaan hari ini.

Terima kasih Yang Arif Hakim kerana membuat keputusan dengan kebijaksanaan tanpa arahan pihak pihak tertentu yang mahu membebaskan pesalah jenayah Seks Luar Tabie.

Terima kasih YAB PM Dato Seri Najib Razak kerana TIDAK CAMPUR TANGAN dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

- Sir Azri ( Justice 4 Saiful )

Tuesday, 10 February 2015

Perjuangan Aku Demi Keadilan Buat Saiful Bukhari Akhirnya Terlaksana

Allah sayang pada hambaNya yang berjuang dilandasan yang benar demi menegakkan keadilan.

Sejak 2008 aku mengambil berat kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Dari hari pertama kes liwat dibicarakan aku hadir ke mahkamah menyokong Saiful Bukhari. Aku tahu segala cerita yang berlaku dan aku tahu Saiful adalah mangsa liwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Aku lihat kesengsaraan Saiful Bukhari, aku lihat caci maki dan tomahan dari penyokong Anwar ke atas Saiful. Aku lihat fitnah yang melampau batas keatas Saiful dan keluarganya dan aku lihat betapa jijiknya permainan Anwar dan proksi proksinya mengaibkan Saiful Bukhari dan keluarga.

Alhamdullilah, berkat doa dan juga sokongan semua aku tak pernah undur diri dari terus memperjuangan keadilan buat Saiful Bukhari. Saiful sendiri begitu tabah dan dengan ketabahan beliau memberikan aku semangat untuk membantu beliau dalam perjuangan ini.

Akhirnya setelah 7 tahun berperang dengan segala yang ada maka terbukti hari ini mahkamah memberikan keadilan buat Saiful dan menyabitkan hukuman ke atas peliwat bernama Anwar Ibrahim.

Banyak yang aku tahu, banyak kalau aku mahu bukukan perjuangan aku selama mana ini. Tapi percayalah apa yang aku buat adalah mahu menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak bermoral. Manusia yang akan merosakkan bukan sahaja negara dan bangsa malah Agama juga akan binasa.

Hidup mesti diteruskan, perjuangan juga tidak akan berkesudahan. Yang penting sokongan dari semua yang dapat merangsang aku untuk terus berjuang. Walaupun Anwar Ibrahim berada didalam penjara tapi percayalah bahawa proksi proksinya yang berada diluar akan terus membuat kemungkaran dan membawa kebinasaan kepada negara.

Terima kasih Saiful Bukhari atas kepercayaan yang diberikan kepada aku selama mana ini. Terima kasih pakcik Azlan bapa Saiful, terima kasih keluarga Saiful dan terima kasih kepada semua rakan rakan seperjuangan.

Yang Hak Pasti Berdiri
Yang Bathil Pasti Jatuh

- Sir Azri

Saturday, 7 February 2015

Anwar Porno Bukan Salah UMNO




Kadang kadang ramai yang merasakan diri mereka bagus untuk bercakap soal kes liwat Anwar Ibrahim. Tak kurang juga yang masih samar samar hendak percaya apakah benar Anwar Ibrahim seorang peliwat. Malah ada juga yang bertegas Anwar bukan peliwat dan kes Saiful adalah konspirasi sepertimana ulang tayang tahun 1998.

Kejadian liwat antara majikan Anwar Ibrahim dan pekerjanya Saiful Bukhari benar benar berlaku. Ianya bukan konspirasi apatah lagi rekayasa semata mata mahu memenjarakan Anwar Ibrahim. Kes liwat ini adalah kesalahan jenayah seks luar tabie yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ke atas pekerjanya.

Oh, siapalah aku hendak mengulas kes liwat ini dan meyakinkan mereka yang konon lebif arif tentang kes liwat ini. Al maklum mereka ini konon kononya pakar dan lulusan juga tinggi berbanding aku level SPM dan Diploma (Tak Habis).

Cuma aku nak maklum, aku tahu A-Z kronologi Anwar meliwat Saiful dan aku juga yakin ramai rakyat yang dulu tidak yakin kini yakin bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful selepas perbicaraan kes liwat ini berjalan yang mana satu persatu bukti didedahkan oleh Pendakwaraya yang gagal ditepis barisan peguam Anwar Ibrahim.

Ini bukan politik lucah tetapi ini adalah perjuangan yang mana kita dituntut untuk menegakkan keadilan buat mangsa sepertimana Saiful yang menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Telanjangnya Anwar dengan gelaran Al Juburi adalah disebabkan Mat Sabu PAS Timbulnya cerita Anwar peliwat kerana mendiang Karpal Singh DAP. Ini fakta yang kita jangan lupa dan kemudiannya meletakkan beban bahawa UMNO pelopor Porno dan bercerita Anwar Porno sedangkan golongan Reformis sendiri yang gagal mempertahankan Anugerah Tuhannya itu dari terus berporno.

Ya dulu kamu boleh kata "Reformasi" kerana rakyat dimomokkan dengan cerita konspirasi dan majoriti rakyat belum dapat mengakses internet sepertimana hari ini. Dulu kamu golongan Reformasi boleh berbangga dengan peliwat tapi kini rakyat sudah kenal dan tahu #LiwatTetapLiwat dan Reformasi bertukar kepada Reforbasi.

Terima kasih pada para penggiat media sosial yang menghebahkan cerita Anwar Porno peliwat kerana hari ini ianya berbeza dengan 1998 yang mana Rakyat sudah dapat melayari internet dengan lebih luas dan mengikuti fakta dan hujah dalam kes liwat ini sehinggakan pengaruh Anwar Ibrahim sudah pudar dan rakyat menolak pesalah seks luar tabie yang bernama Anwar Ibrahim.

"Pornonya Anwar adalah kerana dirinya sendiri atas kelangsungan nafsunya yang gagal dibendung mahukan kunyit segar sebagai santapan nafsu berahi dan ianya tidak ada kaitan dengan UMNO"

10 Febuari 2015 Hanya hukuman mahkamah dunia. Akhirat kelak lebih seksa hukumannya keatas peliwat.

- Sir Azri
(Aku Sahabat Seperjuangan Saiful Bukhari)

Saturday, 17 January 2015

Kumpulan Sarkas Semakin Mengganas Mahu Najib Razak Letak Jawatan.



Kumpulan yang sama jatuhkan Pak Lah dulu kini mengganas semula mahu menjatuhkan YAB Dato Seri Najib Razak. Jika dulu mereka gunakan elemen KJ dan budak tingkat 4 kali ini mereka gunakan isu 1MDB bagi mendesak Najib Razak letak jawatan.

Hebat kumpulan ini, sangat berpengaruh kononya dan mempunyai dana kewangan yang tak putus apabila tiba kempen menjatuhkan kepimpinan negara. Tauke besar dibelakang akan salur apa sahaja asalkan matlamat mereka terlaksana.

Ada orang kata kumpulan ini adalah pejuang sebenar dan mahu Melayu dan UMNO selamat daripada terus dijahanamkan oleh Najib Razak. Tapi realitinya majoriti mereka bukan ahli umno mahupun membawa aspirasi semangat Melayu mahupun UMNO itu sendiri.

Kerja mereka adalah memastikan mereka menjadi penentu kuasa dan dengan cara itu mereka boleh hidup dan mendapat hasil tak putus putus untuk kesinambungan hidup.

Ini politik, sudah pasti serangan yang dibuat keatas YAB PM Dato Seri Najib Razak adalah kerana percaturan yang dibuat oleh mereka atas arahan pemain politik juga. Malah dibelakang pemain politik itu juga sudah pasti terdapat urusan perniagaan yang berlaku sepertimana Businessman yang menaja bagi memastikan perniagaan mereka terus mendapat hasil dari dana  kerajaan.

Kumpulan ini akan terus menyerang YAB Dato Seri Najib Tun Razak agar meletakkan jawatan. Adakah ini yang rakyat Malaysia mahukan? Setiap Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan oleh kerana tekanan oleh kumpulan sarkas yang merasakan mereka adalah Melayu TULEN dan mereka memang berjuang untuk Agama Bangsa dan Negara?

Celik lah mata wahai rakyat Malaysia khususnya UMNO. Ini lah waktunya kita bersatu mempertahankan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak. Kumpulan sarkas itu tidak membawa perjuangan dilandasan yang benar. Mereka adalah pembunuh upahan yang hanya akan melakukan kerja apabila dibayar dan mencari sesuatu untuk dimakan.

Najib bercuti hujung tahun dikata salah, Najib balik melawat mangsa banjir pun disalahkan. Najib sakit dikata penipu, Najib umum Dana untuk Bumiputera dikata janji palsu, Najib naik LRT pun dikatakan berlakon. Kumpulan ini tidak akan berpuas hati selagi matlamat mereka tidak tercapai. Namun kita yang masih waras pastinya bijak menilai penat jerit Dato Seri Najib Razak dalam mentadbir negara ditambah dengan serangan dan fitnah pihak pembangkang yang tidak henti henti menyerang YAB PM dan juga keluarganya.

Sir Azri

Wednesday, 7 January 2015

Wajah Ceria Anak-Anak Melayu Boneka DAP Chauvenist




Tahniah kepada parti DAP yang berjaya merekrut lebih ramai anak anak Melayu menyertai mereka.

Saya tidak hairan dengan penglibatan anak anak Melayu hari ini yang mudah menyertai sebuah parti politik berhaluan Komunis kerana mereka tidak tahu tentang sejarah parti politik di Malaysia. Malah Ibu Bapa mereka juga mungkin merupakan bekas pejuang Melayu Komunis sewaktu dizaman Chin Peng.

Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan parti yang dipenuhi dengan orang orang Cina Chauvenist yang anti kepada Melayu dan juga Islam. PKM bergerak atas semangat mahu kuburkan kuasa Melayu di Malaya dan mahu menjadikan Malaya waktu itu sebuah republik Komunis. Itu asas perjuangan mereka dan oleh kerana mereka hanya dianggotai masyarakat Cina maka Chin Peng melihat Melayu perlu ada bagi menarik lebih ramai orang Melayu menyokong Komunis agar memudahkan kerja menghancurkan kuasa Melayu di Malaya waktu itu. Maka tertubuhlah pasukan Melayu PKM yang mana merupakan sayap kanan kepada Chin Peng bagi melancarkan operasi mereka menghapuskan Kerajaan Melayu.

Hari ini DAP menggunakan taktik yang sama, hasut anak anak Melayu menyertai mereka dengan harapan lebih ramai boneka Melayu dapat mereka gunakan untuk menyerang sesama Melayu dan Islam. Itu agenda Komunis dan ianya tidak boleh dinafikan bahawa DAP berjaya dengan menambah keahlian Melayu yang menyerati DAP.

Nasihat saya, janganlah menghambakan diri kita kepada sebuah parti yang matlamat dan agenda mereka mahu hancurkan Melayu. Contoh sudah ada dimana Melayu Singapura dipergunakan oleh Lee Kuan Yew. Adakah anda anak anak Melayu yang menyertai DAP hari ini sanggup dikencing kuburnya oleh cucu cicit kelak kerana anda menjadi penyumbang kepada kehancuran Kerajaan Melayu yang ada?

Tahniah DAP khususnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan penggerak utama memesongkan anak anak Melayu iaitu anak cina pungut Zairil Khir Johari.

Sedarlah wahai anak anak Melayu, sedar sebelum terlambat. 😕