Tuesday 1 April 2014

PKR bakal diharamkan bagi menghidupkan Reformasi 2.0




"Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti."

Cukup licik dan jijik apa yang telah dilakukan Dato Sri Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak sedar permainan dan niat Anwar Ibrahim yang sebenar dalam pemilihan jawatan bagi merebut kerusi Presiden PKR. Ketahuilah bahawa Anwar Ibrahim sedang merangka gerak kerja yang lebih besar bagi terus menghidupkan gerakan "Reformasi 2.0"yang sekarang ini tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia.

Saya melihat Anwar Ibrahim mahu PKR diharamkan yang mana kesempatan tersebut akan digunakan oleh Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR bagi menuduh UMNO dan Najib Razak sebagai punca PKR diharamkan. Ini modus operandi yang saya jangka dilakukan Anwar Ibrahim memandangkan selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun mendapati Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya Saiful Bukhari, gerakan Reformasi 2.0 yang dilancarkan di Stadium Kajang gagal mendapat perhatian rakyat tidak sepertimana tahun 1998 Reformasi yang pertama diadakan.

Bertitik tolak dari kegagalan "Reformasi 2.0" yang dilancarkan amatlah menggangu pemikiran Anwar Ibrahim kerana kita tahu tanpa perisai rakyat, gerakan untuk menggulingkan kerajaan adalah mustahil sama sekali. Malah sekutu PKR dari parti PAS dan Komunis juga tidak bersungguh sungguh dalam menggerakan Reformasi 2.0 membebaskan Anwar Ibrahim.

Reformasi 2.0 gagal mendapat sambutan

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan risiko dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden, kata peguam, Edmund Bon pada Isnin.

Menurut Bon, mana-mana individu tidak boleh bertanding untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti jika individu tersebut disabitkan atas suatu kesalahan.

"Anwar tidak perlu bertanding. Oleh itu, apabila mereka menghantar namanya sebagai presiden parti kepada ROS, ia mungkin membawa kepada pertikaian yang boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran parti," kata Bon.

Anwar Ibrahim tahu kedudukan beliau tidaklah kukuh dan juga amat rapuh jika beliau menang jawatan Presiden PKR. Malah pakar undang undang sendiri juga telah menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semata mata mahu PKR diharamkan.

"Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun."

Media milik pembangkang portal Malaysiakini telah memberikan gambaran awal bahawa PKR bakal diharamkan dengan kedudukan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Portal milik penuh pembangkang itu telah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim sedang melakukan sesuatu yang jijik dalam mencapai matlamat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," - Malaysiakini


Malaysiakini telah mengambarkan kepada kita semua sesuatu pekara bakal berlaku selepas ini dan dengan kemenangan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan kemudiannya dibatalkan kemenangan serta pengharaman parti PKR pasti akan digunakan sebaik mungkin oleh Anwar Ibrahim dan kepimpinan PKR untuk menghasut rakyat bahawa Anwar Ibrahim dan PKR telah ditindas oleh UMNO dan Najib Razak. Ini yang akan mereka mainkan dan ini yang mereka mahu lakukan iaitu menjadikan rakyat mangsa kerakusan politik "Reformasi 2.0"

Semoga rakyat Malaysia sedar siapa manusia bernama Anwar Bin Ibrahim ini. Jika benar beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawap sudah semestinya beliau mencontohi sikap Yb Karpal Singh yang melepaskan semua jawatan dalam parti setelah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi tempoh hari.

"Rakyat Malaysia bukan boneka politik songsang" - Sir Azri

No comments:

Post a Comment