Friday 7 March 2014

Antara Anwar Ibrahim & Papa Gomo & Wan Muhammad Azri siapa pengamal homoseksual?


Hari ini mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim bersalah meliwat Saiful Bukhari dan dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Alasan penghakiman mahkamah rayuan mengesahkan bahawa bukti sampel air mani Dato Sri Anwar Ibrahim ditemui dalam dubur Saiful Bukhari. Karpal Singh dan barisan peguam Anwar Ibrahim tidak menafikan air mani tersebut malah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui dalam dubur Saiful Bukhari adalah milik Anwar Ibrahim.

Apabila mahkamah tinggi Kuala Lumpur memutuskan saya bersalah dan menfitnah Anwar Ibrahim, para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim menyatakan mahkamah adil dan telus. Tetapi hari ini para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim menyatakan mahkamah tidak adil dan merupakan satu konsperasi pemimpin UMNO.

Anwar Ibrahim bersalah dan saya juga bersalah?

Papa Gomo blogger yang sememangnya mencetuskan banyak isu dalam berita politik tanah air. Papa Gomo blogger yang begitu komited dan konsisten menentang Dato Sri Anwar Ibrahim ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga merupakan ketua pembangkang Malaysia. Papa Gomo juga dikenali sebagai blogger porno hasil paparan di blog yang memaparkan adengan seks ranjang individu yang dikatakan sebagai Anwar Ibrahim bersama wanita pelacur China.

Saya dikaitkan dengan blog Papa Gomo, saya rakyat marhain telah disaman oleh Dato Sri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dalam samannya menuntut ganti rugi RM 100 juta kerana menyatakan bahawa saya adalah pemilik blog Papa Gomo dan telah melemparkan fitnah kepada beliau berhubung paparan gambar yang dikeluarkan oleh blog Papa Gomo hasil daripada pendedahan blog www.rajagoyang360.blogspot.com



Sebelum saya di saman oleh Anwar Ibrahim dan tewas dalam saman tersebut, saya telah melihat banyak paparan gambar yang mana diterbitkan oleh akhbar arus perdana dan juga turut ditayangkan di kaca televisyen. Dan apabila saya disaman oleh Anwar Ibrahim saya tertanya tanya mengapa saya disaman sedangkan akhbar arus perdana dan juga stesyen televisyen tidak disaman oleh Anwar Ibrahim? Mengapa saya?

 

Saya menafikan bahawa saya adalah blogger Papa Gomo malah saya memberi keterangan dalam perbicaraan saya pada penghujung bulan Januari 2014 di hadapan hakim. Saya memberikan sepenuh kenyataan dan keterangan serta bukti kepada pihak hakim bahawa paparan dalam blog blog tersebut perlu dilakukan siasatan terperinci dan juga pengesahan daripada pakar bagi membuktikan gambar tersebut tidak tulen. Malah saa juga meminta pihak mahkamah untuk merujuk kes liwat terdahulu yang dikaitkan dengan Dato Sri Anwar Ibrahim termasuk dengan kes liwat Saiful Bukhari.

Namun pada 28 Febuari 2014 dalam saman RM 100 juta Anwar Ibrahim ke atas saya, Mahkamah tinggi telah mengarahkan saya untuk membayar sebanyak RM 800 ribu kepada Anwar Ibrahim dan RM 50 ribu untuk kos mahkamah. Keputusan hakim memenangkan Anwar Ibrahim dan saya rakyat marhain tewas. Sehingga ke hari ini saya tidak membayar sesen pun kepada Anwar Ibrahim kerana saya telah pun menfailkan rayuan kes saya ini ke mahkamah rayuan bagi mendapatkan keadilan.

Saya tidak mahu untuk mengulas berkaitan kes saman Dato Sri Anwar Ibrahim ke atas saya dan juga kekalahan saya kepada beliau ataupun memberikan kenyataan berhubung keputusan hakim mahkamah tinggi. Namun saya menjadi semakin berminat untuk bercakap perihal dan kelakuan Dato Sri Anwar Ibrahim sepanjang saya kenali beliau dan hasil rujukan saya mengenai beliau apatah lagi hari ini beliau telah diputuskan bersalah oleh mahkamah rayuan yang beliau meliwat Saiful Bukhari.

Siapa Anwar Bin Ibrahim?

Saya berminat dengan berita berita yang berlaku di Malaysia dan antara berita yang saya paling gemari adalah berkaitan politik Malaysia. Anwar Ibrahim merupakan subjek untuk saya melakukan analisis dan mencari data serta maklumat terperinci bagi mengenali beliau. Semua ini saya lakukan setelah beliau Anwar Ibrahim menyaman saya dan menjadi iktizam saya untuk mempertahankan diri saya serta membersihkan diri saya daripada fitnah jijik Dato Sri Anwar Ibrahim.

Moral.

Adakah Dato Sri Anwar Bin Ibrahim seorang yang bermoral? Apakah beliau bersih dari sebarang salah gunakuasa dan juga rasuah?

Pada peringkat ini saya mengimbau akan kenterangan Anwar Ibrahim sewaktu beliau menyaman saya RM 100 juta. Saya masih ingat antara keterangan Anwar Ibrahim bahawa beliau menyatakan

"Fitnah jijik ke atas saya main jubor, ini menjatuhkan reputasi saya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia."

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah di fitnah dengan begitu jijik oleh blog Papa Gomo yang mana mengaitkan saya dengan fitnah tersebut. Anwar Ibrahim pada keterangan tersebut tidak menafikan bahawa beliau seorang Homoseksual. Malah keterangannya itu hanyalah berkisar kepada marah dan dendam kepada blog Papa Gomo yang telah banyak mengeluarkan perihal dan mempersoalkan moral Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang yang bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tidak ada sebarang penafian yang direkodkan di mahkamah bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau mengenali lelaki dalam paparan gambar tersebut. Malah Anwar Ibrahim sendiri tidak menyentuh individu lelaki dalam gambar tersebut. Malah sepanjang keterangan Anwar Ibrahim beliau tidak sama sekali manafikan bahawa beliau adalah individu dalam paparan gambar seks tersebut.

Apakah benar Anwar Ibrahim seorang pengamal "HOMOSEKSUAL?"

Jawapan saya setelah melihat gelagat Dato Sri Anwar Ibrahim sepanjang saya mengenali beliau dan juga fakta fakta dalam keterangan mahkamah kes 1998 dan juga kes liwat Saiful Bukhari serta kenyataan saksi saksi yang ada amat bersetuju bahawa

Dato Sri Anwar Ibrahim adalah pengamal HOMOSEKSUAL.

Malah untuk rekod Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim  seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005. Anwar Ibrahim telah menfailkan saman RM 100 juta ke atas Tun Dr Mahathir dan kalah dalam saman tersebu.

"Kita nak dedah sesuatu kena lah ada bukti, dia ni pandai sorok, dia KAYA bukan MISKIN, sebab tu dia boleh pergi sana , pergi sini, cerita karut-karut kepada orang, memburukkan nama saya, itulah kerja dia, sebab tu dia ada banyak duit , dulu pernah dia nak saman saya 100juta, konon boleh TUTUP MULUT saya ni, dia kalah. Mahkamah suruh dia bayar saya 70,000 sebagai ganti rugi, dari mana dia dapat duit tak tau lah," - Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri Malaysia


Saya mempersilakan Dato Sri Anwar Ibrahim menyaman saya Wan Muahammad Azri untuk kali kedua. Kerana sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah pengamal HOMOSEKSUAL.

- Sir Azri


2 comments:

  1. Mmg sah dia (anwar ibrahim) peliwat. Dh disabitkanpun.. karpal singh sendiri dh mengakuinya sebelum ni #sukasamasuka

    ReplyDelete
  2. anwar balik kampung halaman hahahahahha

    ReplyDelete