Sir Azri Video

Saturday, 17 January 2015

Kumpulan Sarkas Semakin Mengganas Mahu Najib Razak Letak Jawatan.



Kumpulan yang sama jatuhkan Pak Lah dulu kini mengganas semula mahu menjatuhkan YAB Dato Seri Najib Razak. Jika dulu mereka gunakan elemen KJ dan budak tingkat 4 kali ini mereka gunakan isu 1MDB bagi mendesak Najib Razak letak jawatan.

Hebat kumpulan ini, sangat berpengaruh kononya dan mempunyai dana kewangan yang tak putus apabila tiba kempen menjatuhkan kepimpinan negara. Tauke besar dibelakang akan salur apa sahaja asalkan matlamat mereka terlaksana.

Ada orang kata kumpulan ini adalah pejuang sebenar dan mahu Melayu dan UMNO selamat daripada terus dijahanamkan oleh Najib Razak. Tapi realitinya majoriti mereka bukan ahli umno mahupun membawa aspirasi semangat Melayu mahupun UMNO itu sendiri.

Kerja mereka adalah memastikan mereka menjadi penentu kuasa dan dengan cara itu mereka boleh hidup dan mendapat hasil tak putus putus untuk kesinambungan hidup.

Ini politik, sudah pasti serangan yang dibuat keatas YAB PM Dato Seri Najib Razak adalah kerana percaturan yang dibuat oleh mereka atas arahan pemain politik juga. Malah dibelakang pemain politik itu juga sudah pasti terdapat urusan perniagaan yang berlaku sepertimana Businessman yang menaja bagi memastikan perniagaan mereka terus mendapat hasil dari dana  kerajaan.

Kumpulan ini akan terus menyerang YAB Dato Seri Najib Tun Razak agar meletakkan jawatan. Adakah ini yang rakyat Malaysia mahukan? Setiap Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan oleh kerana tekanan oleh kumpulan sarkas yang merasakan mereka adalah Melayu TULEN dan mereka memang berjuang untuk Agama Bangsa dan Negara?

Celik lah mata wahai rakyat Malaysia khususnya UMNO. Ini lah waktunya kita bersatu mempertahankan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak. Kumpulan sarkas itu tidak membawa perjuangan dilandasan yang benar. Mereka adalah pembunuh upahan yang hanya akan melakukan kerja apabila dibayar dan mencari sesuatu untuk dimakan.

Najib bercuti hujung tahun dikata salah, Najib balik melawat mangsa banjir pun disalahkan. Najib sakit dikata penipu, Najib umum Dana untuk Bumiputera dikata janji palsu, Najib naik LRT pun dikatakan berlakon. Kumpulan ini tidak akan berpuas hati selagi matlamat mereka tidak tercapai. Namun kita yang masih waras pastinya bijak menilai penat jerit Dato Seri Najib Razak dalam mentadbir negara ditambah dengan serangan dan fitnah pihak pembangkang yang tidak henti henti menyerang YAB PM dan juga keluarganya.

Sir Azri

1 comment:

  1. Penulisan yang baik. Tuan yang budiman, mohon pautkan blog baru saya ke dalam blog tuan.

    http://kungkalikung2015.blogspot.com/

    ReplyDelete