Wednesday 11 February 2015

Anwar Penjara 5 Tahun, Keadilan Buat Saiful & Terima Kasih Najib Razak

Akhirnya keadilan buat Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim terbela. Mahkamah Persekutuan telah memberikan keadilan buat Saiful dengan menyabitkan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat pekerjanya. Ada sedikit rasa tidak puas hati pada saya kerana hukuman penjara bagi kesalahan meliwat ini hanya diberikan 5 tahun walhal sepatutnya hukuman lebih berat diberikan keatas pengamal seks luar tabie dan paling tidak 10 tahun penjara.

Apa sekalipun terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang TIDAK CAMPUR TANGAN dalam kes liwat Anwar Ibrahim ini. Terima kasih kerana walaupun Najib Razak ditekan oleh pihak pihak tertentu untuk masuk campur dalam kes liwat ini beliau mengambil pendirian yang gentleman dengan tidak mencampuri urusan jenayah sebegini.

Tekanan yang datang kepada YAB PM bukan sahaja dari kalangan pembangkang untuk campur tangan dan membebaskan Anwar Ibrahim malah pihak dari negara luar juga memberikan TEKANAN berterusan mahu Anwar Ibrahim bebas dan keadilan buat mangsa liwat Saiful Bukhari dinafikan. Lebih teruk lagi apabila ada dikalangan kerajaan dan individu dalam UMNO yang turut cuba mahu Najib Razak masuk campur kes liwat ini dengan bertujuan kepentingan politik dan juga kawtim dengan Anwar Ibrahim agar dibebaskan.

Anwar Ibrahim sendiri juga banyak kali menimbulkan persepsi negatif kepada khalayak ramai yang mengambarkan seolah olah beliau akan bebas kerana ditolong YAB PM. Malah agen agen Anwar Ibrahim didalam UMNO sendiri bercakap pekara ini dari mulut ke mulut dari sebaran whatsapp ke whatsapp bahawa "Najib dah kawtim dengan Anwar".

Malah jika kita ingat waktu dimana YAB PM berada di Hawai dan bermain Golf bersama Barack Obama, ada mulut mulut sumbang yang menyebarkan berita bahawa "Obama arah Najib campur tangan dan bebaskan Anwar Ibrahim".

Sehari sebelum keputusan mahkamah Persekutuan juga terdapat banyak cerita cerita politik yang mana mengatakan "Najib deal dengan Anwar untuk memastikan Anwar bekerja dengan Najib dan menyerang Tun Daim dan Tun Mahathir".

Itulah dasyatnya propaganda yang dimainkan oleh pihak pembangkang dan juga pihak dari kerajaan iaitu UMNO sendiri dalam melemahkan pentadbiran dan peribadi YAB PM Najib Razak.

Realitinya walaupun diasak, ditawar, digugat dan menempuh bermacam macam asakan dari pihak pihak ini. YAB PM Dato Seri Najib Razak TIDAK CAMPUR TANGAN langsung dalam kes liwat antara Anwar Ibrahim dan pekerjanya Saiful Bukhari.

Hari ini kita dapat lihat, mereka khususnya pihak Pakatan Pembangkang menuduh YAB PM campur tangan dan berkonspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim. Hari ini kita dapat lihat mereka menyalahkan Najib Razak apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Inilah yang mereka Pakatan Pembangkang khususnya PKR amukkan. Kerana cubaan mereka melalui kuasa negara luar, desakan mereka dan juga agen agen mereka dalam UMNO yang sebelum ini meminta Najib Razak campur tangan dan bebaskan Anwar Ibrahim telah terbukti GAGAL dan membuktikan Najib Razak pemimpin yang mempunyai intergriti tinggi dan tidak mahu bersubahat dengan pesalah seks luar tabie apatah lagi mahu menafikan keadilan buat mangsa yang diliwat.

Saya harap agar hentikanlah persepsi negatif keatas YAB PM dan ingatlah bahawa kes liwat yang mana Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun adalah kes jenayah 377B Seks Luar Tabie antara Anwar Ibrahim majikan yang meliwat pekerjanya Saiful Bukhari.

Saya boleh ceritakan banyak lagi pekara pekara yang berlaku sepanjang kes liwat ini berlangsung selama 7 tahun. Dan itu semua saya akan kupas satu persatu dimasa mendatang. Hati hatilah parasit dan agen Anwar yang ada dalam UMNO dan Kerajaan hari ini.

Terima kasih Yang Arif Hakim kerana membuat keputusan dengan kebijaksanaan tanpa arahan pihak pihak tertentu yang mahu membebaskan pesalah jenayah Seks Luar Tabie.

Terima kasih YAB PM Dato Seri Najib Razak kerana TIDAK CAMPUR TANGAN dalam kes liwat Anwar Ibrahim.

- Sir Azri ( Justice 4 Saiful )

No comments:

Post a Comment