Sir Azri Video

Saturday, 25 April 2015

Berapa Najib Bayar Aku?




Aku hanya mampu tersenyum apabila ada komen komen yang menyatakan bahawa YAB PM Dato Seri Najib Razak membayar aku bagi menyuarakan sokongan kepada beliau. Malah ada yang kata Aku didalam circle Pejabat Perdana Menteri memaksa aku untuk menyurakan sokongan kerana terpaksa. Mulut orang kita tak boleh sekat tetapi aku nak maklum bahawa aku menyokong YAB PM Dato Seri Najib Razak atas beberapa sebab.

ANWAR IBRAHIM
Sebab utama aku menyokong Najib Razak adalah kerana beliau tidak berkeromponi dengan manusia bernama Anwar Ibrahim. Kerana dalam kes liwat Anwar vs Saiful tindakan desperado Anwar yang mahu Najib Razak membebaskan dirinya dan bersedia menjadi orang suruhan Najib tidak dipandang atau dilayan oleh YAB PM. Najib Razak tidak campur tangan malah menyerahkan keadilan undang undang kepada Mahkamah. Hal ini boleh tanya kepada Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim kerana Saiful Bukhari sendiri goyah apabila cerita cerita sebelum keputusan mahkamah persekutuan yang mengambarkan bahawa Najib telah membantu Anwar Ibrahim. Akhirnya kita sendiri dapat lihat keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Anwar Ibrahim.

MELAYU PAS
Kedua adalah kerana keterbukaan Najib Razak dalam politik negara yang mahu Melayu bersatu. Sebab itu kita dapat lihat bagaimana tenang Najib Razak dalam membantu parti PAS walaupun pada masa yang sama dikalangan ahli partinya iaitu UMNO tidak bersetuju dengan tindakan Najib Razak membantu parti PAS khususnya PAS Kelantan. Walaupun dihina dan dicaci Najib Razak tidak memperdulikan semua itu sebaliknya terus menjalankan kewajipannya sebagai umat Islam dan Melayu membantu dari segenap sudut. Ada pekara pekara lain yang aku tak dapat nyatakan disini kerana ianya mungkin menjejaskan kerjasama yang dibuat antara Najib dan Hadi Awang.

EKONOMI RAKYAT
Ketiga adalah kerana komitmen Najib Razak dalam memastikan rakyat mendapat manfaat dari apa yang diperolehi kerajaan. Mungkin hal ini tidak dipersetujui oleh semua lapisan masyarakat tetapi apa yang dilakukan Najib Razak melalui BR1M, PR1MA,KR1M dan lain lain telah membantu rakyat secara tidak langsung yang mana sebelum ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Pendekatan Najib yang menfokuskan kepada sasaran rakyat telah menjadikan rakyat yang tergolong dalam kategori sederhana mendapat manfaat yang mana sebelum ini tidak memperolehinya.

KETELUSAN
Keempat adalah kerana ketelusan Najib Razak dalam sebarang isu yang timbul. Seperti dalam kes 1MDB beliau sendiri menyatakan dengan jelas bahawa ianya sedang diaudit dan apabila siap laporan tersebut maka akan dibentangkan didalam parlimen yang mana bukan sahaja ahli parlimen dapat melihatnya malah seluruh rakyat juga dapat melihat dan membuat penilaian hasil dari laporan audit negara. Dalam parlimen ada pihak pembangkang dan jika Najib Razak tidak telus beliau tidak akan berani untuk membentangkan laporan audit dihadapan ahli parlimen Pembangkang.

TIDAK EMOSI
Kelima adalah kerana ketenangan Najib Razak walaupun diasak dan diserang begitu hebat bukan sahaja pembangkang malah dikalangan ahli parti nya sendiri. Beliau tidak melatah dan tidak mengambil tindakan agresif membalas serangan yang dibuat. Lihat sahaja apabila mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mengasak Najib Razak. Najib tenang dan terus menghormati Ayahnda Tun Mahathir dan tidak menyekat tindakan Tun Mahathir. Ini sendiri berbeza pada zaman Tun M yang mana sesiapa yang mengkritik beliau akan disekat dan jika tidak sehaluan akan dihumban ke dalam tahanan ISA.

Ini antara beberapa sebab aku menyokong kepimpinan YAB PM Dato Seri Najib Razak. Aku anak Melayu dan aku tidak ingin melihat bangsaku dijajah oleh bangsa lain. Aku juga tidak mahu PRU14 Pembangkang menawan kerajaan kerana jika ianya berlaku sudah pasti yang berkuasa adalah parti DAP Chauvenist dan bukannya PAS @ PKR.

Aku harap penjelasan aku ini dapat memberikan sedikit sebanyak jawapan kepada semua bahawa aku bukan dibayar untuk menyokong Najib Razak tetapk aku dibukakan mata dan jiwa untuk melihat keseluruhan aspek dan bukan hanya pada 1 @ 2 pekara sahaja.

Akhirnya kita semua diseru bersatu baik parti politik mana sekalipun. UMNO & PAS & PKR jika Melayu kuat maka kuatlah bangsa kita.

Berikan masa untuk YAB PM Najib Razak mentadbir negara dengan segala yang ada kerana tidak mungkin Najib Razak akan MENGKHIANATI perjuangan arwah bapanya Tun Abdul Razak.

2 comments:

  1. saya setuju sir azri. dr mahathir dengki melihat pas dan umno bekerjasama. keterbukaan ds najib. BRIM. mahathir nyanyuk.

    ReplyDelete