Sunday 8 November 2015

#BebasAnwar - Aku juga bersimpati

Bila kita lihat wajah kesuraman isteri Dato Seri Anwar Ibrahim kita merasakan kasihan dan simpati kepada beliau dan anak anak. Benar Wan Azizah telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang beliau menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim.

Terkini Wan Azizah mengadakan kempen bebas Anwar yang mana meletakkan sel penjara dihadapan kediaman mereka bagi mengajak rakyat bersama sama menyertai kempen bebaskan Anwar Ibrahim.

Aku yang telah disaman oleh Anwar Ibrahim sendiri sebenarnya hati kecil ini juga turut terharu dan kasihan akan apa yang telah menimpa Anwar Ibrahim. Bohong jika aku sendiri tidak bersimpati kepada keluarga Anwar Ibrahim.

Tetapi apakan daya kerana semua musibat yang menimpa keluarga Anwar Ibrahim tidak akan berlaku jika Anwar Ibrahim sendiri tidak memilih jalan yang salah. Kasihan aku kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim lebih mendalam khususnya apabila pengalaman mangsa mangsa ini menceritakan kepada aku kisah yang mereka alami.

Aku sentiasa berharap agar satu hari nanti Anwar Ibrahim akan menyesali perbuatan yang dilakukan nya selama ini dan bertaubat serta insaf. InsyaAllah jika kita semua mendoakan agar Anwar Ibrahim kembali ke pangkal jalan maka tidak mustahil beliau akan bertaubat dan menginsafi perbuatan sumbang yang telah dilakukan selama ini.

Ameen....

2 comments:

  1. Cian aku kat family nih....
    Terlebih kesian bila family ini memusingkan kenyataan yg anwar ibrahim adalah tahanan politik seperti yg dihebahkan seantero donia..namun anwar sebenarnya merupakan penjenayah liwat...tercatat dlm sejarah dah..sebabkan lubang kunyit, ko ke dalam....
    Cian....

    ReplyDelete
  2. Cian aku kat family nih....
    Terlebih kesian bila family ini memusingkan kenyataan yg anwar ibrahim adalah tahanan politik seperti yg dihebahkan seantero donia..namun anwar sebenarnya merupakan penjenayah liwat...tercatat dlm sejarah dah..sebabkan lubang kunyit, ko ke dalam....
    Cian....

    ReplyDelete