Thursday 12 June 2014

Dato Sri Najib Tun Abdul Razak harus sedar kelakuan MCA




Beberapa peguam UMNO tampil mempertahankan tindakan YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak menyaman portal milik pembangkang Malaysiakini. Usaha tersebut telah disokong oleh jutaan rakyat Malaysia dan ini merupakan satu tindakan yang tepat dengan menyaman portal yang penuh fitnah iaitu malaysiakini.

Pihak Majlis peguam yang merupakan alat politikus pemimpin Pakatan Pembangkang telah membidas saman yang difailkan Dato Sri Najib. Kita tahu pihak Majlis peguam merupakan pihak yang berkesedudukan dengan kepimpinan pembangkang dan merupakan bukan satu badan yang bebas dari dipengaruhi parti politik.

Namun tidak ada satu suara dari kepimpinan MCA rakan komponen yang tampil mempertahankan tindakan Dato Sri Najib apabila dibidas oleh pihak Majlis Peguam.

Dimana rakan komponen MCA? Di mana suara dari Presiden dan Timbalan Presiden MCA yang sepatutnya lantang mempertahankan tindakan YAB Perdana Menteri yang juga Presiden Barisan Nasional?

Sedar atau tidak Dato Sri Najib Tun Razak sedang dipermainkan oleh MCA. Mereka menuntut jawatan dalam kabinet tetapi untuk tampil mempertahankan pucuk pimpinan mereka tidak sanggup sama sekali.

Sedarlah Dato Sri Najib Tun Abdul Razak gelagat dan kelakukan MCA yang ada hari ini. Meraka hanya mahu pada jawatan namun untuk bangun mempertahankan anda mereka tidak akan melakukannya.

- Sir Azri

No comments:

Post a Comment