Sir Azri Video

Friday, 20 June 2014

Saya hanya mampu bayar RM100 sebulan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim



Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger kontroversi PapaGomo menangguh bayaran ganti rugi RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan tersebut dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop dikamarnya dan menetapkan kos sebanyak RM50,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo meminta Mahkamah Tinggi membenarkan beliau membayar ganti rugi bernilai RM850,000 secara ansuran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Azri, beliau yang kini bekerja sebagai nelayan tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan berharap untuk mengemukakan bayaran RM100 sebulan sehingga ganti rugi tersebut selesai.

Jelasnya lagi, beliau kini kesempitan dari aspek kewangan sehingga terpaksa menjual pegangannya dalam syarikat KL Pos Media And Production bagi membayar kos guaman untuk membela diri menentang Anwar.

Walaubagaimanapun, permohonan Wan Azri membuat bayaran secara ansuran dibantah peguam Shahid Adli dan mahkamah memerintahkan pihak plaintif dan defendan berbincang berhubung isu tersebut. Rayuan Wan Azri untuk menangguhkan bayaran ganti rugi kepada Anwar turut ditolak mahkamah dan beliau diperintahkan untuk membayar kos RM5,000 dalam tempoh dua minggu.

Keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dihadapan Shahid Adli peguam Dato Sri Anwar Ibrahim dan Wan Azri selaku Defendan dan juga mewakili diri beliau sendiri.

Wan Azri ketika ditemui pemberita menjelaskan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Pengurusan kes ditetapkan 24 Jun ini.

Februari lalu Rosilah yang menjadi hakim bagi kes tersebut mendapati Peguam N Surendran dan Lathifah Koya berjaya membuktikan kenyataan munasabah dengan mengaitkan Wan Azri sebagai Papa Gomo.
 
Hujah kedua-dua peguam itu mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan kenyataan fitnah berhubung skandal seks Anwar pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013 menerusi laman web papagomo.com.

- Sumber Rakyat News

Saya mengambil baik keputusan hari ini dan akan tetap menfailkan rayuan ke mahkamah Rayuan Putrajaya kerana saya mempunyai Hak untuk merayu. Walaupun mahkamah telah mengarahkan saya untuk membayar dendan RM 850 ribu ,  saya akan membuat surat kepada pihak Plantif untuk membayar saman tersebut secara ansuran dengan kemampuan saya sebanyak RM100 sebulan.


3 comments:

  1. puih... apa punya pemimpin mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Anjing memang kuat menyalak. Apb dia disalak, takut kecut kote & guna mahkamah utk buktikan dirinya betul.

    ReplyDelete
  3. kah kah kah..biler takde duet mula la ko buat muka seposen..puihhh

    ReplyDelete