Saturday 4 April 2015

Tun Mahathir "Melayu mudah lupa"





Tun Mahathir usah terus menghancurkan perpaduan Melayu. Cukuplah menghancurkan UMNO satu masa lalu dan menerajang perpaduan UMNO dan PAS. Jangan kini apabila usaha menyatukan Melayu kembali dibuat disepak terajang lagi dengan hasrat mahu UMNO hancur.

Ya, mungkin Tun kata UMNO perlu diselamatkan dengan menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Adakah itu yang Tun nampak jalan penyelesaiannya?

Jangan kata demi UMNO Tun lakukan semua ini kerana jika ianya demi UMNO sudah pasti UMNO tidak pernah diharamkan gara gara kerakusan dan perebutan Tun dan Tengku Razaleigh merebut jawatan.

Keroni keroni Tun kata Najib Razak melebihkan kaum Cina berbanding Melayu. Benar kah Najib melebihkan anak cina berbanding Melayu? Dasar siapa yang menjadikan Cina lebih kuat berbanding Melayu? Dasar siapa yang mengkayakan Cina cina yang ada hari ini? Dasar Najib?

Siapa yang lakukan persempadanan semula hingga menjadikan Cina sebagai kuasa penentu dalam parlimen dan Dun? Adakah Najib Razak yang melakukannya?

Ohhh Tun berbangga kata kerana persempadanan yang Tun lakukan itu lah Pak Lah menang besar pada pilihanraya 2004. Tun berbangga kerana BN menang besar hasil daripada persempadanan yang Tun lakukan memberikan kekuataan kepada pengundi Cina dan menjadikan pengundi Melayu terutama penyokong PAS dikepung.

Itu lah Tun, Tun benci pada PAS walaupun hakikatnya PAS adalah sebangsa dan seagama. Tun tidak mahu PAS kuat tetapi Tun mahu Cina kuat. Dan apabila kini Najib Razak bergelut untuk mendapatkan kembali majoriti yang hilang dari pentadbiran Pak Lah maka Tun kata pula Najib lebih gagal dari Pak Lah.

Tun patut sedar bahawa dengan sikap benci dan dendam Tun pada PAS sebenarnya telah menghancurkan perpaduan Melayu. Tun galak dan suka apabila Melayu berpecah dan sebab itu Tun mahu Najib berundur agar agenda Najib Razak yang menyambung peranan Pak Lah mahu UMNO dan PAS duduk semeja dalam isu Agama dan perpaduan Melayu tidak menjadi realiti.

Tun sering menjual bahasa basi dengan kata kata "Melayu mudah lupa", "Melayu itu dan ini walhal realitinya Tun sendiri benci pada perpaduan Melayu. Tun benci melihat pentadbiran Najib Razak yang ada hari ini menjalankan kerjasama dengan parti PAS.

Hentikanlah Tun mantan Perdana Menteri, saya tak nafikan jasa dan pengorbanan Tun dalam membangunkan negara tetapi saya juga tidak lupa kecelakaan yang telah Tun lakukan pada UMNO dan juga orang Melayu.

Tun sepatutnya muhasabah diri pada kata kata Tun bahawa yang mudah lupa itu adalah Tun sendiri.

Duduk berbincang dengan Najib Razak, Selama ini Tun anggap Najib anak Tun dan begitu juga Najib yang menggangap Tun bapa beliau. Hentikan cerita karut marut menyerang Najib Razak sedangkan Tun sendiri tahu situasi politik & negara hari ini yang mana adalah hasil daripada legasi 22 tahun Tun sendiri.

Bro Azri

1 comment: